>

Wednesday, August 5, 2015

13 Tips menghadapi proses bersalin dengan tenang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kelahiran bayi comel adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Dalam masa yang sama, debaran menghadapi proses bersalin pasti dirasai terutama oleh si ibu. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu-ibu terutama first timer dalam menghadapi proses bersalin.



Saya tak pernah ke kelas-kelas pembelajaran natural birth atau sebagainya, apa yang saya kongsikan hanyalah daripada pengalaman sendiri sahaja ;)

1. Bersedia secara mental. Kekuatan mental sangat penting untuk menjayakan proses kelahiran. Seorang ibu hendaklah percaya bahawa dia cukup kuat untuk menghadapi semua ini demi anak yang tersayang.



2. Siapkan kelengkapan bayi seawal 7 bulan kandungan. Persiapan seawal ini, mengelakkan situasi panik dan ketidaksediaan ibu jika tiba-tiba terpaksa bersalin awal atas sebab-sebab kecemasan

3. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan. Cakap perkara yang baik-baik dan berikan pesanan yang positif untuk bayi. 


4. Kerapkan membaca Surah Maryam, untuk memudahkan proses kelahiran



5. Cerita dan berbincang dengan suami tentang proses kehamilan dan kelahiran

6. Elakkan mendengar kisah-kisah hitam kelahiran. Bayangkan perkara yang mudah & positif untuk kelahiran anda.

7. Minta bantuan suami untuk buatkan air yaasin, memiliki air doa dari suami adalah sesuatu yang sangat membantu meningkatkan keyakinan isteri

8. Semasa anda diminta untuk masuk ke labour room, hubungi ibu, bapa dan adik beradik terdekat untuk meminta mereka mendoakan anda. Sokongan moral sangat penting untuk memberi keyakinan buat si ibu

9. Ketika di labour room, jangan terlalu fikirkan rasa sakit dan ngerinya proses bersalin. Alihkan perhatian anda daripada rasa sakit. Sibukkan diri dengan memikirkan saat-saat indah memangku bayi comel.

10. Bawa smartphone ke dalam labour room bersama anda. Bacalah Al-Quran di smartphone anda atau sibukkan diri berbuat di WhatsApp atau mesej untuk mengalihkan fokus anda kepada rasa sakit. Anda yang sukakan majalah atau buku, juga boleh berbuat demikian. Jangan tumpukan sepenuh perhatian kepada rasa sakit.

11. Basahkan bibir atau baca dalam hati zikir-zikir dan doa nabi Yunus



12. Berbual dengan suami atau nurse tentang perkara-perkara lain yang menggembirakan

13. Teruskan keyakinan dalam hati bahawa bantuan Allah akan datang dan ramai orang-orang disekeliling anda mendoakan anda



Sakit bersalin ni sakit yang paling sakit dalam dunia katanya, tapi kita perlu ingat, bahawa, kuasa minda dan kawalan keyakinan diri boleh mengatasi semua itu dan mengurangkan rasa sakit, dengan izin Allah. Ingat ganjaran Allah terhadap ibu yang melahirkan. Dan yang paling penting adalah minda yang positif. Apa yang kita sangka, Apa yang kita fikir dan apa yang kita doakan, itulah yang akan datang kepada kita. Jadi, Cakap yang baik-baik, Fikir yang baik-baik, InsyaAllah, yang datang juga yang baik-baik :)



Thanks for reading !

Salam sayang,
Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

No comments: