>

Sunday, August 16, 2015

10 ‘JANGAN’ UNTUK PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Tips ini saya ambil dari sini, ihsan dari Puan Zatika Izati Puade 

10 "JANGAN" untuk penyusuan susu ibu yang berjaya :



1. JANGAN bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, contohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya.



2. JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik,

3. JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya

4. JANGAN kedekut untuk membeli pam yang benar2 berkualiti, agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang ini, saya rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal. Lagipun, khasiat susu ibu langsung tak boleh diukur dengan wang ringgit!



5. JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Walaubagaimana pun, pada awal-awal kelahiran, cuba jauhkan daripada makanan/ minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti susu, contohnya ais, kafein, sayur-sayuran yang ber’angin’ seperti brokoli. 



6. JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa.


7. JANGAN sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, Insya Allah sehingga dewasa kelak.

8. JANGAN cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi (di hospital mesra bayi atau klinik yang ada pusat penyusuan ) atau support group di internet dan media sosial.



9. JANGAN sesekali berkata yang susu anda tak cukup untuk bayi ~ insya Allah, dengan cara yang betul, bayi anda akan mendapat susu yang cukup, dengan syarat – jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila anda berjauhan daripada bayi.

10. JANGAN terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluran susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi membakar 200-500 kalori sehari. Insya Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet. Lagipun, kita mengambil masa 9 bulan untuk sampai kepada berat post-baby, jadi, tidak logik rasanya jika mahu terus slim dalam masa dua tiga bulan, bukan?

Thanks for reading !

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147

No comments: