>

Friday, July 10, 2015

Penjagaan sendi ketika hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Wanita hamil mengalami perubahan yang besar dari segi fizikal. Ketara dan agak mendadak terutama di trimester terakhir mengandung. Sendi adalah bahagian tubuh yang sangat penting untuk membantu pergerakan dan menyokong tubuh.

Peningkatan berat badan ketara dan mendadak boleh membebankan sendi terutama sendi di bahagian kaki - lutut, pangkal peha dan pergelangan kaki. Ibu mengandung, mengalami keadaan berat badan yang bertambah hanya untuk tempoh sementara. Namun begitu, kesihatan sendi semasa mengandung perlulah diambil berat juga kerana ianya membataskan pergerakan atau mungkin mengganggu ibu semasa proses bersalin.

Peningkatan berat ibu hamil yang kadangkala mencecah sehingga 15 hingga 20kg memberikan beban luarbiasa kepada sendi. 

Tips penjagaan sendi ibu hamil :

1. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Pakai kasut leper berpermukaan rata, supaya berat badan boleh disebarkan ke seluruh tapak kaki. Tumit kasut yang kecil pada kasut tumit tinggi menyebabkan penyebaran berat badan yang tertumpu dan boleh membebankan sendi serta tulang belakang







2. Pilih kasut yang selesa dan lembut

3. Pastikan pengambilan kalsium dari sumber yang baik dan mencukupi. Kekurangan kalsium kerapkali menyebabkan ibu mengalami kekejangan otot terutamanya di bahagian betis



4. Ambil sumber Vitamin D yang baik dan mencukupi. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. 

5. Ambil omega 3 dari sumber yang baik. Ianya membantu kesihatan sendi dan mengelakkan radang atau inflamasi sendi. Juga bertindak sebagai pelincir, melancarkan pergerakan sendi

6. Pastikan ibu hamil juga memenuhi keperluan Vitamin C. Ianya bersifat antioksida dan menghalang kerosakan sel dalam sendi

4. Lakukan senaman ringan. Senaman amat penting bukan sahaja untuk regangan sendi, malah untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium. Elakkan berlari atau melompat. Lakukan hanya senaman ringan

5. Jika ibu hamil bekerja dengan komputer, sekali sekala atau sejam sekali, rehatkan pergelangan tangan. Lakukan sedikit regangan untuk merehatkan sendi.

6. Angkat barang dengan posisi yang betul. Elakkan terlalu membongkok dan terburu-buru semasa mengangkat barang





7. Pilih tilam dan bantal yang menyokong postur tubuh untuk memberikan peluang kerehatan yang maksimum ketika tidur

Postur yang betul dan salah ketika tidur

8. Letakkan bantal yang sesuai di antara kaki semasa mengiring, untuk mengelakkan stress sendi pada kaki yang berada di atas. Ianya boleh bantal biasa atau bantal khas ibu hamil / body pillow.

Sokongan pada bahagian kaki dan abdomen amat penting untuk 
mendapatkan kerehatan semasa tidur



Pengalaman hamil amat istimewa walaupun meletihkan. Ibu-ibu sewajarnya menikmati tempoh kehamilan dengan penuh ceria dan kenikmatan. Bagi muslim, ganjaran besar menanti ibu hamil yang sabar dan tabah melalui perjalanan 9 bulan. InsyaAllah :)


Sokonglah kehamilan anda dengan nutrisi yang baik. Semoga proses kelahiran akan dipermudahkan. InsyaAllah. Cuba set hamil Shaklee untuk tubuh dan sendi yang hebat? Silakan untuk menghubungi saya :)

Telegram / WhatsApp / sms : 019 2282147

Thanks for reading !

Salam sayang,
Farihah | 019 2282147