>

Friday, July 31, 2015

9 Tips minum air untuk langsing !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti sebagaimana sebahagian besar bumi kita terdiri dari air, sama juga dengan tubuh kita. Elemen penting ini adalah 70% daripada komposisi tubuh kita. 

Kenapa air penting untuk tubuh?
1. Membantu meningkatkan metabolisme tubuh
2. Membantu memberikan rasa kenyang dan penuh
3. Membantu meningkatkan tenaga. Proses penghasilan tenaga semestinya memerlukan kehadiran air
4. Membantu mengurangkan stress
5. Mengelakkan kekejangan
6. Mencantikkan kulit / awet muda
7. Melancarkan proses penghadaman
8. Menurunkan risiko pembentukan batu karang



Semua fungsi air ini sangat penting untuk kita kekal sihat, bukan sahaja kurus. Kekurangan air sebenarnya bukan sahaja menggagalkan program langsing kita, tetapi lebih dari itu boleh menjejaskan kesihatan tubuh.

Jadi bagaimana membentuk dan mengekalkan tabiat minum air  yang cukup dan sihat?

1. Jadikan air kosong sebagai minuman utama. Tolak air manis dan bergula

2. Bawa botol air dan tandakan waktu minum. Ni kalau payah sangat nak minum. Terpaksa anda paksa diri untuk menanda. Baikla penat memaksa sekarang daripada penat berpenyakit di kemudian hari kan?

gambar ihsan vitdaily

3. Minum segelas air kosong sebelum makan nasi dan lain-lain. Kurangkan ruang perut dan kurangkan rasa terlalu lapar untuk makan. Ini boleh mengawal kuantiti anda makan

4. Minum segelas air kosong sebaik terjaga tidur awal pagi

5. Minumlah lebih dari 8 gelas sehari. Ada pakar berpendapat anda minum 1 liter untuk 25kg berat badan atau minumlah sehingga urin anda berwarna jernih. Selagi urin anda kuning dan tidak jernih, ianya petanda tubuh anda masih kurang air.

6. Gunakan straw. Ini mengurangkan udara ditelan bersama air. Atau minum seteguk demi seteguk.



7. Minum segelas air selepas dan sebelum solat

8. Bawa botol air bersama anda

9. Sebelum tidur, ucapkan tahniah kepada diri anda jika telah berjaya memenuhi keperluan air harian

Mustahil kah untuk kurus? Tak mustahil, jika kena dengan caranya. Pengambilan air sangat ditekankan jika kita ingin kurus. Walaupun anda mengambil set kurus terhebat di dunia, tanpa air yang cukup, usaha anda adalah sia-sia.

Ini juga yang di amalkan oleh kakak di bawah ni. Ni Kak Sue. haaaa.. kuruskan? Selain pemakanan yang sihat, kak sue mengamalkan senaman zumba dan minum air yang mencukupi.



Anda ingin kurus? Dengan pemantauan individu berpengalaman? Boleh hubungi Kak Sue di FB Lisa Sueriati Omar atau hubungi beliau di mobile 012 577 1023


No comments: