>

Tuesday, July 14, 2015

15 Tips atasi kesukaran tidur ibu mengandung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Memandang ringan kepada keperluan tidur yang berkualiti semasa hamil adalah tidak wajar dan patut diubah. Ibu hamil memerlukan rehat dan tidur yang cukup dan berkualiti. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan stress. Kekurangan tidur atau tidur yang tidak nyenyak boleh menjejaskan emosi juga perkembangan kehamilan.


Lazimnya, kesukaran tidur ini disebabkan rasa pedih ulu hati, lenguh badan, kekejangan kaki, terlalu risau dengan kelahiran, sesak nafas dan tendangan bayi di waktu malam kerana waktu rehat ibu kadangkala tidak sama dengan bayi. Kekurangan tidur pada ibu mengandung (kurang 5 jam) yang terlalu kerap boleh menyebabkan pre-eklampsia dan darah tinggi. Pada akhir kehamilan, kekurangan tidur boleh menyebabkan sakit bersalin yang panjang.

Bagaimana kita boleh mengatasi kesukaran tidur semasa mengandung?

1. Jadikan jadual tidur yang tetap. Latih diri anda untuk tidur dan bangun pada masa yang tetap. Jam biologi ini membantu mindset anda untuk tidur dengan lebih baik

2. Jadikan katil dan bilik tidur anda eksklusif hanya untuk tidur dan berehat. Elakkan menggunakan laptop dan membuat kerja-kerja lain di atas katil. Eksklusiviti ini membolehkan anda tidur dengan lebih baik tanpa memikirkan kerja-kerja lain

3. Bina persekitaran yang nyaman dan selesa di bilik tidur anda, gunakan langsir yang legap dan tebal untuk menghalang cahaya, pewangi bilik tidur dan pengudaraan yang baik

Bilik tidur anda tidak semestinya mewah dan mahal. Bilik yang kecil juga sudah cukup baik asalkan ianya bersih, selesa, tilam yang baik, cadar cotton yang selesa dan pengudaraan yang baik. 
(Gambar ihsan google)

4. Berhenti menggunakan gadget, handphone, laptop dan sebagainya sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidur

5. Pilih posisi mengiring, untuk tidur, letakkan bantal sokongan di antara kaki dan belakang untuk keselesaan. Mengikut sunnah nabi, mengiring ke kanan adalah yang terbaik. Posisi mengiring membolehkan nutrien disalurkan dengan lebih baik dan lancar ke seluruh badan dan kepada bayi di dalam rahim. Kajian menunjukkan posisi tidur mengiring mengurangkan risiko kematian bayi dalam kandungan. Walaupun kandungan anda masih kecil, elakkan tidur meniarap. Tidur meniarap dan terlentang mengurangkan pengaliran oksigen dan nutrien kepada kandungan anda

Body pillow boleh menyokong tubuh anda lebih selesa atau gunakan bantal biasa untuk menyokong antara dua kaki, belakang dan abdomen anda

6. Berhenti mengambil merokok dan alkohol. Nikotin dan alkohol menyebabkan anda sukar tidur waktu malam selain memberi kesan negatif lain seperti kekurangan air dalam badan (ternyahidrat), masalah pernafasan (aphnea tidur),

7. Jika anda terpaksa mengambil kafein, elakkan mengambilnya 6 jam sebelum waktu tidur anda.

8. Elakkan memakan makanan berat di sebelah malam. Berhenti makan berat 1-2 jam sebelum waktu tidur anda

9. Pilih untuk bersenam di siang hari. Bersenam terlalu lewat akan menyebabkan anda cergas dan sukar tidur. Tiada senaman sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur

10. Kurangkan minum di waktu malam dan sebelum tidur untuk mengelakkan tidur terganggu kerana kerap berulang ke tandas.

11. Bersihkan diri dan mandi air panas sebelum tidur, jika perlu boleh menyebabkan kesan relaks dan membantu ibu mudah tidur

12. Bantu diri anda mendapatkan kalsium yang mencukupi dan dari sumber yang mudah diserap. Kalsium membantu mengatasi insomnia. Kalsium juga mencegah daripada masalah kekejangan dan mengurangkan sakit sakit belakang.

Sumber kalsium pilihan saya, Ostematrix Shaklee > sumber kalsium dengan magnesium dan mineral-mineral lain yang meningkatkan keberkesanan penyerapannya



13. Minta bantuan suami anda untuk urutan ringan 10-15 minit sebelum tidur. Mintalah pelukannya semasa tidur untuk menenangkan anda.

14. Elakkan makanan pedas dan berasid. Bayi yang membesar dan memenuhi ruang andomen menyebabkan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada.

15. Kurangkan makanan secara banyak. Makan dengan kuantiti sedikit tetapi kerap.



Salam sayang,
FB : Farihah Abu Kasim / Surijunior
sms / whatsApp / Telegram : | 019 228 2147
Email : farihah.abukasim@gmail.com