>

Monday, June 29, 2015

Rezeki di hujung jari :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya terima email dari google, domain surijunior.com telah berjaya diperbaharui. Semuanya dilakukan secara automatik melalui pemotongan kredit. Terimbau kisah memulakan perniagaan surijunior 4 tahun lalu. 

Saya mulakan dengan sebuah blog bernama surijunior.blogspot.com. Lalu saya upgrade ke surijunior.com dengan membeli domain dari google. Saya tak tak mahir berblog masa tu, google sana-sini nak improve pelbagai segi di blog untuk bisnes kecil saya. Ianya tidaklah terlalu mudah, tapi jika kita ada minat dan kesungguhan, tambahan pulak rasa terdesak nak kan side income, semua kita akan redah. Itulah yang orang selalu sebut PUSH FACTOR. Jika push factor cukup besar, semua yang sukar akan jadi boleh.

Siang membawa ke malam, membawa ke larut malam dan pagi, saya bersama blog. Payahnya masa tu. Buta IT katakan. haha. Akhirnya, terhasil lah sebuah blog. Walaupun tak secanggih dan sehebat blog orang lain, yang blink-blink, pop up dan ada drop down bagai, saya bangga dengan blog saya. Sepenuh hati mengupdate dan jadikan bank info untuk customers tersayang, khususnya customer set penyusuan.

Kenapa saya berkongsi kebaikan Shaklee melalui blog dan Facebook? Ada beberapa sebab. 

1. Saya tiada modal besar
Medium online seperti ini sangat sesuai dengan saya yang modalnya alahaiiiii kecik sangat. Dengan online medium, saya terima order dan terus bayaran. Dengan duit customer lah saya beli barang dan poskan kepada mereka atau saya minta Shaklee poskan. Hanya setelah bayaran diterima. Tak perlu keluarkan duit ribu-ribu untuk buat stok. Lebih lapang kepala. haha

2. Saya ada mulut tapi terkunci
Saya ada kelemahan untuk berniaga secara face to face. Segan nak ambil duit orang, segan nak promote. Okay, ni sikap negatif. Jangan ikut. Tapi itulah hakikatnya. Sepatutnya tak perlu segan, bukannya buat dosa, kita sebarkan benda baik. Tapi disebabkan ini, saya mula menulis blog dan fb. Senang, tak nampak muka orang. haha

3. Saya tidak bebas bergerak
Saya dulunya seorang pekerja yang terpaksa mematuhi rutin masa harian bekerja dari pagi hingga petang. Pulang ke rumah, saya ada 4 orang anak kecil yang menuntut perhatian. Saya tiada pilihan untuk keluar rumah dan buat bisnes. Lagipun teramat penat untuk keluar lagi setelah bekerja seharian.

Ini 3 sebab besar kenapa online business sangat sesuai untuk saya. dan saya percaya, ramai ibu-ibu di luar sana juga terikat dengan keluarga. Terikat dengan keluarga itu bagus. Maksudnya sifat tanggungjawab itu didahulukan. Cumanya, apabila ada kekangan, kita sepatutnya memanfaatkan ruang lain untuk membantu diri dan keluarga. Dan, online bisnes, sangat hebat untuk membantu ibu-ibu seperti kita. Tukarkan semua kelemahan kita kepada kekuatan. Cari penyelesaian bukannya alasan.

Dengan jasa blog dan FB, saya kini fulltime work at home mom :)


4 tahun saya manjalankan Shaklee secara online, hasilnya memang berbaloi. Apa yang banyak perlu dikorbankan adalah waktu tidur dan tentulah emosi. haha. Payah juga kadang-kadang nak handle orang yang bermacam ragam melalui online. 

Anda yang masih tercari-cari bagaimana untuk menambah pendapatan dengan pelbagai kekangan disekeliling, cubalah berblog & FB. Syaratnya kena ada komitmen yang tinggi. Walaupun di hujung jari, komitmen mesti dipatuhi.

Konsisten dan komited, hasilnya sangat berbaloi. Percayalah :)


Salam sayang,
Farihah | 019 228 2147