>

Tuesday, March 10, 2015

Pencegahan kemurungan selepas bersalin bermula seawal tempoh kehamilan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera !

Seram tak baca tajuk? ehehe. Seram atau tidak, ini biasa berlaku di kalangan ibu berpantang. Untuk sesetengah ibu, masa berpantang, tiba-tiba rasa sedih yang amat. Tanpa sebab, tiba-tiba menangis tanpa sebab. Diri sendiri pun tak tahu kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Bagaimana kemurungan boleh berlaku? Bagaimana mengatasi? Apakah langkah pencegahan?



Kemurungan selepas bersalin dipercayai berpunca daripada perubahan hormon secara mendadak terhadap diri ibu. Perasaan sedih, sayu, kehilangan, kesunyian tiba-tiba menghantui tanpa sebab. Ibu boleh tiba-tiba menangis sendirian akibat emosi yang terjejas.



Apakah yang menyebabkan kemurungan?
# Masalah keluarga seperti masalah kewangan, kehilangan orang tersayang
# Sukar menyusu badan
# Suami dan keluarga yang kurang memberi sokongan
# Keletihan
# Masalah-masalah lama yang tiba-tiba kembali menghantui
Bagaimana mengatasi?
# Elakkan bersendirian
# Berbual dengan suami, ibu atau dengan bayi anda
# Tidur dan rehat dengan cukup
# Lakukan senaman ringan
# Sentiasa berfikiran positif 
# Amalkan berzikir sebagai terapi diri
# Jika keadaan berlarutan, jumpa doktor untuk ubatan antidepresi



Bagaimana mencegahnya?
# Sebelum kelahiran, pastikan anda membuat perancangan yang baik dari segi kewangan, penjaga semasa berpantang
# Berbincang dengan suami dan ibu tentang persediaan selepas kelahiran. Bagaimana mereka boleh membantu, dan apa yang anda harapkan daripada mereka


# Sentiasa berfikiran positif dan membayangkan yang indah-indah akan berlaku selepas kelahiran
# Rancang di mana anda akan melahirkan bayi. Buat pemeriksaan sekurang-kurangnya bermula bulan ke 7 atau ke 8 di hospital, bersama doktor yang bakal menyambut bayi anda
# Mulakan untuk mengambil makanan seimbang sejak sebelum melahirkan
# Pastikan pengambilan air yang cukup supaya tubuh tidak lesu
# Bagi anda yang mengandung pada jarak yang rapat, contohnya, si abang / kakak kepada bayi masih kecil, mulakan membiasakan dia rapat dengan suami anda semasa anda hamil. Ini untuk mengurangkan bebanan ibu sewaktu berpantang.



Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Pemakanan yang baik dan seimbang, lengkap dengan nutrisi yang tepat, boleh membantu mengatasi atau mengurangkan bebanan ibu. Beberapa suplement yang boleh disyorkan adalah seperti di bawah :

Suplemen Shaklee untuk menyokong ibu semasa mengandung dan semasa berpantang.

Suplemen yang disenaraikan memberikan nutrisi yang lengkap untuk ibu. Anda boleh menggunakan suplemen yang sama semasa dan selepas bersalin dengan hanya sedikit  tambahan suplemen lain. Produk-produk ini lengkap dan ibu tidak lagi memerlukan jamu atau produk lain, insyaAllah.

Apa bantuan yang ditawarkan oleh Suplemen Shaklee di atas? Antaranya adalah :
# Membantu keseimbangan hormon
# Mengelakkan stress (antistress)
# Multivitamin dengan iron untuk mencegah anaemia
# Protein berkualiti tinggi untuk menyokong penyusuan susu ibu
# Meningkatkan antibodi dan sistem pertahanan tubuh
dan lain-lain

Apa pun usaha kita sebagai manusia, kuasanya tetap di tangan Allah, banyakkan berdoa sejak dari sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas kelahiran. Sentiasa bersangka baik dengan takdir Allah. Jangan kita selalu bersangka buruk dan takutkan yang bukan-bukan. Hidup kita bertuhan dan kepercayaan kita kepadaNya sepatutnya 100% :)



Hubungi kami atau wakil Shaklee berhampiran anda untuk menyesuaikan suplemen Shaklee dengan keperluan dan budget anda. 

Pelaburan yang berbaloi, dengan izin Allah :)

Thanks for reading !

FB : Farihah Abu Kasim | FB Page : Surijunior | WhatsApp/ Telegram : +60192282147