>

Saturday, March 21, 2015

Menikmati pendapatan yang sangat baik, saya akhirnya menukar kerjaya daripada terus bekerja dengan rejim masa terbatas kepada bekerja dengan masa super-fleksibel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum menyertai  Shaklee, saya seorang guru, di sebuah sekolah antarabangsa, mematuhi rejim bekerja dari 8.00pagi hingga 4.00petang. Masa saya bersama keluarga, suami dan anak-anak lazimnya hanya bermula selepas 6.00petang atau selepas Maghrib, dan hujung minggu. Kegusaran paling besar masa itu adalah apabila terpaksa memohon cuti apabila anak sakit dan kerinduan  sepanjang masa kepada anak di pusat jagaan semasa saya bekerja. Kesihatan kami sekeluarga agak baik, namun, sebulan atau dua bulan, kunjungan ke klinik, pasti ada terutamanya anak-anak yang di pusat jagaan, selsema, demam, perkara biasa.

Buah hati, pengarang jantung. Aidilfitri 2013



Pemilihan menjadi pengguna Shaklee seterusnya berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang sekeliling, adalah tindakan bijak yang banyak menukarkan hidup saya dan mereka. Kesihatan kami bertambah baik, kurang kunjungan ke klinik, dan sedikit demi sedikit apabila jaringan semakin membesar, Shaklee memberikan pulangan kewangan yang hebat  dan semakin lumayan. Ianya adalah perkongsian dua hala, memberikan kebaikan kepada saya yang berkongsi dan mereka yang menerima perkongsian.  Menikmati pendapatan yang sangat baik, saya akhirnya mampu menukar kerjaya daripada terus bekerja dengan rejim masa terbatas kepada bekerja bersama Shaklee dari rumah dikelilingi anak-anak, dengan masa super-fleksibel. Saya percaya, ini adalah impian yang diidamkan oleh semua orang, terutamanya para ibu, dan saya telah menikmatinya dengan Shaklee. Lebih bermakna dari itu, saya juga dapat membantu downlines Shaklee saya, juga menikmati kebebasan masa dan kewangan yang sama seperti  saya. 

Puan Masnah, juru x-ray, kini dengan income bulanan tambahan 4 angka dengan Shaklee :)

Kakak saya sendiri, Ustazah Badrul Asiyah, guru dengan income Shaklee 4 angka setiap bulan :)

Ada di antara mereka kini bekerja dari rumah, dengan masa dan kewangan yang sangat selesa. Inilah kejayaan yang  dikongsi, dan kegembiraan yang dirai. Tiada lagi kegusaran meninggalkan anak kecil kepada pengasuh, Tiada lagi kebimbangan cuti tahunan yang bakal habis, kurang sudah kerisauan kewangan yang  menjerat.

Rakan maya yang akhirnya menjadi keluarga Surijunior :)

Sebahagian kecil dari kami. 
Kini, Mac 2015, jumlah keseluruhan keluarga Surijunior adalah 2,500+ orang. 


Produk yang memulakan kecintaan saya kepada Shaklee adalah set menyusu. Permulaan saya hanya dengan pelaburan kecil membeli AlfafaComplex, B-complex, Sustained Release Vita-C dan Vitalea. 4 produk ini, memberikan rasa luarbiasa terhadap saya ketika itu ketika berpantang anak keempat. Penghasilan susu ibu yang meningkat, kesihatan bayi yang sangat baik dan kecergasan diri saya sendiri menyebabkan saya merasakan ada sesuatu yang istimewa dengan Shaklee. 
Raja Asyraf, anak keempat, yang menemukan saya dengan Shaklee :) Foto tahun 2011 

2011, Raja Asyraf, hampir setahun usia, bersama abang dan kakak-kakak. 


Bermula dari  situ, saya fokus untuk berkongsi set menyusu Shaklee kepada keluarga dan rakan-rakan. Keterujaan saya dapat menyusu anak dengan sangat baik, menjebakkan saya kepada dunia blogging. Saya bermula dengan kosong, menapak, membina blog sendiri, memuatkan tips-tips penyusuan susu ibu, juga berkongsi kebaikan suplemen Shaklee untuk ibu menyusu. Fokus dan kepakaran yang saya asah dan kongsikan ini, akhirnya membawa saya ke puncak Master Coordinator.

Majlis Keraian ke Puncak Master Coordinator oleh Shaklee Malaysia
Marriott Putrajaya, Feb 2014


Menyertai Shaklee dari Julai 2011, dan menyebarkannya secara serius telah melayakkan saya menikmati pendapatan 5 angka setiap bulan, tanpa gagal, bonus kereta dan bonus kepimpinan. Melangkaui jangkaan saya ketika awal menyertai Shaklee, rupanya, usaha ini juga membuahkan ganjaran pelancongan. Kurang 2 tahun tempoh menyertai Shaklee, tahun 2013, saya dan suami menikmati 2 tiket VIP ke Umrah – Dubai dan pada tahun 2014, kami sekali lagi menikmati insentif pelancongan, tapi kali ini 5 tiket VIP ke USA. Tahun ini, 2015, sekali lagi, kami layak menikmati  5 tiket percutian VIP.

Di Pentas Shaklee International Conference, Long Beach, US 2014


Kejayaan ini adalah dengan izin Allah, berkat doa semua yang menyayangi, terutamanya suami, ibu bapa dan guru-guru Shaklee. Tanpa ini semua, saya tak akan berada di tahap ini. Pengelibatan dan keputusan untuk serius bergiat dalam Shaklee adalah antara keputusan terbaik dalam hidup saya. Kepuasan memiliki kebebasan masa dan kewangan adalah terlalu hebat. Lebih daripada itu, kepuasan ini berganda apabila kita dapat membantu rakan-rakan dan keluarga memiliki kehidupan yang lebih baik. Untuk muslim, inilah pelaburan pahala dunia dan akhirat yang akhirnya akan menjadi saham untuk bekalan kita setelah meninggal dunia. Menambahbaik kehidupan insan lain adalah sebenarnya satu kemestian dan tindakan yang dituntut oleh agama.  Mulakanlah dengan apa yang ada, berkongsilah dengan sebaik mungkin.  Masa terbaik untuk mula berkongsi bukannya esok atau bulan depan, tetapi, masa ideal untuk berkongsi adalah sekarang. Mulakanlah dengan apa yang ada.




Orang yang paling bahagia adalah yang memilih untuk menjadikan apa yang dia ada kepada sesuatu yang terbaik, bukannya hanya menunggu yang terbaik untuk menjelma


Perarakan Master Coordinator sempena Shaklee National Conference 2014

Thanks for reading!

Salam sayang,
Farihah | 019 2282147