>

Friday, December 12, 2014

5 cara merawat puting merekah semasa penyusuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Semalam saya kongsikan tentang Vitamin E membantu ibu menyusu untuk mengatasi puting merekah & menyusu dengan lebih selesa. Hari ni, saya nak kongsikan artikel yang saya baca dari blog pumponthejob. Terima kasih Puan Intan, untuk artikel yang baik ini :)

-------------------------------


Puting merekah! Ya, mana-mana ibu menyusu yang pernah mengalaminya, ia adalah sesuatu yang sungguh memedihkan. Walaupun puting merekah tidak berlaku lama tetapi untuk menempohnya sehingga pulih terasa amat lama dan rasa seksa menahan kesakitannya. Rasa nak “give up” menyusu pun ada! Semasa melaluinya, saya tetap meneruskan menyusu bayi saya tetapi mesti beri tumpuan penuh, ambil pernafasan yang mendalam sebelum menyusu bayi saya dan menahan kesakitan sepenuh hati. Tetapi semasa menyusu tengah “progress”, kesakitan itu akan hilang sendiri…sakitnya hanya pada permulaan menyusu sahaja. Saya sentiasa cuba berfikiran positif kerana tahu puting merekah akan sembuh juga dan bayi saya tiada pilihan lain yang lebih baik…hanya susu ibunya sahaja.
Apakah yang menyebabkan puting merekah?

Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam waktu beberapa hari pertama mula menyusu bayi. Keselesaan ini yang disebabkan oleh perubahan hormon dan puting tengah “adjust” kepada penyusuan terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi anda berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya menjadi bebas daripada sebarang  kesakitan.
Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut:

1. Kedudukan dan “latch-on”

Ini adalah penyebab nombor 1 kepada puting merekah. Bayi tidak menghisap puting dengan lebih mendalam.
http://pumponthejob.com

2. Terdedah kepada kelembapan terlalu lama

Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah…kelembapan ini mungkin disebabkan oleh tidak mengeringkan puting selepas penyusuan; memakai “breast pad” yang terlalu lembap; atau menggunakan “breast pad” yang menggunakan lapisan plastik.
Breast pad / nursing pad

3. Pelincir semulajadi dikeluarkan

Puting anda menghasilkan pelincir sendiri semula jadi yang melindunginya daripada kesan kelembapan dan memberikan ciri-ciri anti-bakteria. Oleh kerana terlalu kerap membasuh dengan sabun, ia menanggalkan pelincir semulajadi yang memberikan perlindungan kepada puting anda, dan menjadikan ia lebih terdedah kepada kemerekahan.

5. “Thrush”

Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna anda mungkin ada “thrush”. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil “Candida albicans.” Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya.

Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara “thrush” dengan “latch on” yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan “latch on” tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu.

6. Dermatitis, eczema or psoriasis

Jika anda pernah mengalami keadaan di atas, ini mungkin menjadi penyebab kepada puting merekah.
Eczema

Jadi, bagaimana merawat puting merekah?

1. Sebelum penyusuan

  • Jika sakit teruk, anda boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen (paracetamol) atau ibuprofen kira-kira 30 minit sebelum makan.(kalau boleh tahan, elok dielakkan sahaja paracetamol).
  • Jika “breast pad” melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk mengeluarkannya.
  • Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas  kepada puting anda.
  • Pam / perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu “let down reflex” supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh “engorged“, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk “latch-on”.

2. Semasa penyusuan

http://pumponthejob.com
  • Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh.
  • Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu.
  • Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.
  • Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.
  • Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu.
  • Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya.  Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

3. Apabila menyusu menjadi terlalu sakit

  • Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam.
  • Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas.
  • Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, “syringe”, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan.

4. Selepas menyusu

  • Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering. Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit.
  • Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.
  • Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

5. Di antara penyusuan

  • Mendedahkan payudara anda ke udara sekerap yang boleh untuk beberapa minit sahaja.
  • Apabila memakai baju, anda boleh menggunakan pelbagai “nipple shells” yang berlubang (jangan keliru dengan “nipple shields”). “Nipple shells” menghapuskan keperluan untuk “breast  pad”. Ini membolehkan pengaliran udara dalam coli anda dan mengurangkan kelembapan pada puting.
  • Jika anda menggunakan “breast pad”, tukarnya dengan serta-merta apabila ia menjadi terlalu lembap/basah. Elakkan “breast pad” yang berlapisan plastik.
  • Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air bersih semasa mandi sudah memadai.

Jangan putus asa!

Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap “latch on” dengan berkesan. Jika puting retak berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.
Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa!
:)

Thanks for reading !






2 comments:

Shijun Lin said...

shijun 4.3 1
ghd flat iron
ray ban aviators
coach outlet store online
soccer jerseys
tods shoes outlet
coach outlet online
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags
coach factory outlet
jordan shoes
oakley sunglasses
hollister outlet
michael kors uk
timberland boots
oakley outlet
mont blanc mountain
toms outlet
mulberry bags
chanel outlet
true religion outlet
timberland canada
jordan retro 8
timberland outlet
louis vuitton handbags
michael kors outlet
tory burch handbags
ray ban sunglasses sale
fitflop footwear
ray bans
michael kors uk
burberry handbags
coach outlet store online
new jordans
soccer jerseys
coach factory outlet
hollister clothing store
michael kors
fake oakleys
michael kors
kevin durant shoes 2015

mao qiuyun said...

true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlet.com
oakley sunglasses
prada outlet
atlanta falcons jersey
michael kors outlet online
chicago blackhawks jersey
stuart weitzman boots
air max 2015
swarovski jewelry
chanel outlet
michael kors outlet
coach outlet
hollister clothing store
kate spade outlet
ralph lauren outlet
toms shoes
coach outlet
juicy couture outlet
new york giants jerseys
burberry outlet
beats by dre
cheap soccer jerseys
chicago bulls jersey
christian louboutin outlet
instyler ionic styler
mac makeup
lacoste outlet
lebron james shoes
ysl outlet
toms outlet
philadelphia eagles jerseys
converse all star
calvin klein outlet
calvin klein underwear
nike air max uk
hermes birkin
louis vuitton uk
chanel handbags
cheap oakley sunglasses
ray ban
0805maoqiuyun