>

Monday, October 6, 2014

Recycle & guna semula botol dan can suplemen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Saya pengguna Suplemen sejak lama dahulu, macam-macam brand saya cuba. Akhirnya, jatuh hati dengan Shaklee :) Sehingga sekarang, saya pengguna tegar suplemen Shaklee. Satu keluarga, 6 orang makan, memang sekejap saja, habis. Terutamanya yang jenis minuman.

Dulu-dulu, ada juga saya bekalkan bekas-bekas kosong ni pada customers, diorang mintak, sebab nak bahagikan suplemen kepada mak, mak saudara, ayah, kakak, abang dan lain-lain. Ada yang bajetnya sangat limited, gaji kecil, tapi kesedaran terhadap keperluan suplemen, sangat tinggi. Dia minta botol kosong, supaya dia boleh bahagikan untuk mak dia. Terharu pun ada, kadang-kadang bila fikir. 

Sayangkan mak, tapi duit tak cukup. Beli 1, bahagi 2 :) Boleh bahagi? boleh! sebab pil-pil Shaklee sangatlaaaa banyak. Murah pulak tu. Alfafa contohnya, harga tak sampai RM100, tapi dalam tu ada 770 biji. Banyak kan?Jadi boleh kongsi dengan orang tersayang.

Baik, ni kisah customers. Masih lagi ada botol-botol kosong yang terbiar di rumah, banyakkk. Jika anda pengamal Suplemen, anda pun mesti ada situasi macam saya kan? Saya lontarkan pertanyaan di Facebook, apa nak buat dengan botol-botol kosong ni? Terkejut ! Respon dari kawan-kawan sangat la kreatif, ternganga kejap bila baca. haha.

Jom kita tengok apa diorang cadangkan :)

1. Simpan rempah-ratus
2. Letak daun bawang yang ada akar tu, untuk dimasak masa akan datang
3. Simpan syiling ikut kategori. 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen
4. Tabung duit
5. Simpan barang-barang sekolah anak / barang-barang kecil - eraser 1 botol, sharpener 1 botol, stickers, sepit rambut, getah ikat rambut, paper clips, mata pensel, bullet

Ni Nita Zainal buat simpan barang-barang sekolah anak dia

6. Tanam pokok. Tebuk di bawah untuk aliran air keluar

Ihsan gambar : Syafriena Ajish

7. Bekas stationaries. Letakkan botol-botol kecil yang dipotong di dalam, supaya ada compartment. Takla tersenget-senget kalau ada pensil kontot kan

Pandai kan? Gambar Nita Zainal lagi :)

Inspirasi dari Puan Zaiton, Fuhhhh


8. Letak benang & alatan jahitan. Ni idea tukang jahit tersohor penang, Puan Sha'Irnie


9. Kitchen & Toilet Tissue Roll. 
10. Bekas di dapur untuk - Susu, Gula, Teh, Kopi, Keropok, Kerepek, Kuih :D Tapi pastikan berlabel, sebab bekas ni opaque, kang jenuh buka semua nak cari 

Gambar ihsan : D'Nur Iman

Bekas kuih raya ! hehe oleh Diyana


Hebat kan? Sebab tu kena selalu share & bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. ehehe. Saya abis terer pun, buat bekas makanan & bekas pensel ja la. tapi tak sekreatif idea diorang ni. Hebat sangat. Banyak sangat, selalunya saya bagi pada makcik yang selalu dok kutip tin, botol kosong tu, dapat jugak dia extra income

Terima kasih semua, semoga ilmu ini menjadi ilmu bermanfaat untuk pahala berpanjangan. Jom semua, jangan buang bekas kosong di rumah, anda. Recycle. Sayangi alam sekitar, jimat duit, jana kreativiti.

Kalau kumpul dari tahun 2011, mula guna Shaklee, 
agaknya boleh jadi perahu penyelamat banjir gini kot? :P

Thanks for reading !