>

Tuesday, September 9, 2014

Kenali kontraksi semasa bersalin

Kontraksi adalah sakit yang biasa dialami oleh setiap wanita yang akan melalui proses kelahiran. Ia bermula dengan sakit pada bahagian belakang. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencatat masa kontraksi tersebut. Sekiranya selang masa adalah kerap. Maka teruslah ke hospital.



Kontraksi yang palsu dikenali sebagai Braxton Hix. Biasanya kontraksi ini tidak teratur dan sela masa tidak tetap. Kontraksi ini akan berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan. Ia juga tidak mempengaruhi bukaan serviks walaupun anda berasa sakit. Kebiasaannya, rasa sakit yang anda alami hanya pada bahagian depan sahaja.




Berbeza dengan kontraksi yang sebenar, ia biasanya mempunyai pola sakit yang teratur. APabila rasa sakit itu terjadi, sebenarnya serviks sedang membuka dengan lebih besar untuk proses kelahiran nanti. Ia juga menjadi semakin lama semakin kuat rasa sakit. Rasa sakit ini tidak akan berhenti walaupun anda berubah kedudukan, baring, berjalan atau berehat. Tempoh sakit kontraksi ini kebiasaannya dialami dari 30 saat hingga 90 saat secara konsisten dan rasa sakit biasanya dialami pada bahagian punggung san bergerak kehadapan.

Jika anda mempunyai tanda kontraksi sebenar, jangan lengah dan teruskan ke hospital. Berzikirlah doa nabi yunus dan amalkan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan kesakitan kontraksi tersebut.

Semoga Allah permudahkan segalanya…


Thanks for reading!