>

Wednesday, August 6, 2014

Tips Mengekalkan Kesegaran Buah Rambutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Malaysia yang kaya dengan buah-buahan, tidak bermusim atau bermusim. Siapa suka buah-buahan tempatan, angkat tangan ! Ok, kita geng ! haha.

Salah satu buah yang saya gemari adalah buah rambutan, atau nama glamernya, buah moktan. Orang Kodiang panggil rembuten. ahahaha (bajet lawak la tu). Setiap tahun, eh, hampir setiap tahun, kami sering terlepas musim buah rambutan ni, masa balik kampung, mesti baru nak putik2 ja gitu. Tapi, tahun ni, kami bernasib baik. haha. Sampai raya, buah moktan masih ada, meriah merah-kuning !

Terengganu & Kedah, dua-dua sama. Banyakkk sangat buahnya. Terengganu lagi best, buah manggis dan dokong pon meriah !


Ni Pokok Moktan ayah di Kedah. Uniknya pokok ni, batangnya tak tinggi, dari bawah dah rendang dengan dahan, daun & buah. Jadi, memang senang nak petik buah

Buah di bahagian bawah dah habis budak-budak sapu, yang bahagian atas masih banyak. Menantu ayah hat sorang ni, tukang panjang, seluar slack & baju raihan di petang raya, ragaih pokok moktan. haha. 
(Ragaih = Panjat)

Buah rambutan ni antara buah-buahan yang tinggi khasiatnya. Kalori dalam buah rambutan disumbangkan oleh kandungan karbohidrat, dan sebahagian kecilnya oleh protein & lemak. Sikit ja lemak, toksah takut. Buah rambutan termasuk di antara buah yang mengandungi kandungan Vitamin C yang baik, 100g buah boleh menyumbangkan 40% keperluan harian Vitamin C normal. Untuk mineral, satu hidangan 100g buah rambutan, memberikan kandungan zat besi yang disarankan. Zat besi sangat penting, untuk menyeimbangkan kandungan Oksigen dalam darah, mencegah anemia

Ok, untuk kami yang tidak menetap di kampung, selalunya ayah bekalkan banyakkkk buah rambutan. Balik kali ni, 1 plastik hitam tu kami bawak balik. Lepas bagi jiran-jiran, masih banyak.  Sekali hadap, memang tak habis. Memang berkali-kali hadap baru habis. Simpan lama-lama, kulit dia akan kehitaman & rambutan akan jadi masam kan? Apa yang saya buat? Ajak anak-anak, kupaskan buah rambutan. Buah rambutan yang telah dikupas tu, masukkan dalam peti sejuk. InsyaAllah tahan lama. Kadang-kadang lebih seminggu

Macam ni, simpan dalam peti sejuk. Nak ulang-ulang makan pun senang kan? :)


Jom makan buah-buahan tempatan. Khasiatnya hebat, sedapnya takyah cakap la kan :)

Kredit untuk Shaklee Malaysia 

Thanks for reading !

No comments: