>

Friday, August 22, 2014

Sifat Bakhil, Jauhkanlah ya Allah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini kita masih dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Hari-hari mendatang ini kita banyak mendengar kesusahan saudara-saudara kita di negara timur tengan seperti Palestin dan Syria. Tak terkecuali kesengsaraan di Selatan Thai dan banyak lain wilayah Islam yang banyak ditindas.

Pernah kita terfikir berkenaan sumbangan untuk mereka. Eloknya, apa yang kita ada, memberilah. Tidak kisah lah pakaian yang baik, duit atau setidaknya doakan mereka. Pada post kali ini saya ingin berkongsi berkenaan nasihat Sayyidina Abu Bakar mengenai sifat bakhil.



Abu Bakar Al-Siddiq memberi nasihat: 

" Orang-orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada 7 perkara:
1. Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2. Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merengut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.

3. Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4. Muncul idea untuk mendirikan bangunan dikawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.

5. DIa ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya seperti kebakaran, banjir, kecurian dan sebagainya.

6. Dia ditimpa sakit kronik sehingga habis hartanya untuk mengubati penyakit tersebut.

7. Dia terlupa dimana hartanya disembunyikan.


Banyakkan keburukan akan kita dapat kalau kita kedekut. Jadilah orang yang pemurah. Memberilah kepada sesiapa saja terutama orang terdekat seperti ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Ingatlah, dalam harta kita terdapat hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Thanks for reading!