>

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Alhamdulillah.. selesai 1 bulan Ramadhan, Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya & semoga Ramadhan akan datang, kita diizinkan untuk menikmatinya lagi. Amacam raya? Syok ka Best? :D

Kami sekeluarga beraya di Terengganu & Kedah. Terengganu, seadanya saja, dengan ayah & keluarga. Mak di rumah adik ipar, menemaninya berpantang. Bersalin dekat-dekat raya :)

Baby baru. Mama baby ni, pengedar Shaklee di Gerik tau. klik sini 
(Mak Uda promote ni ehehe)

Raya kami kali ini sangat sederhana. Takde baju baru, cuma baru sedia ada dalam keadaan yang baik :) Cukuplah kan?  Yang penting, ukhuwwah dengan saudara terjalin. Di Kedah, ayah decide nak buat Open House. Kami join, juga bersama-sama meraikan kenduri akikah anak saudara ke-24. Hmm ramai ! hehe

Kenduri akikah Sumayyah. Anak ke 4, Puan Naimah (Tokey Shaklee di Kuantan) ;D

Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang datang memeriahkan kenduri di rumah ayahanda, juga meraikan Syawal, bulan kemenangan kita :)



Sampul raya Surijunior ! Nak duit raya, datang rumah na :)


Sepanjang Syawal, ada anak-anak kecil yang tak sihat, cuaca mungkin, atau majlis-majlis yang ramai pengunjung, menyebabkan penyakit mudah merebak. Di musim begini, musim perayaan, musim cuaca sat panas, sat hujan, sangat-sangat perlu kita mengekalkan kesihatan dengan meminum air putih yang cukup, mengambil makanan berkhasiat dan mengelakkan makanan yang dikhuatiri tercemar.

Keluarga saya secara konsisten nya mengamalkan Nutriferon, penggalak immune semulajadi untuk MENCEGAH penyakit. Sakit tetap akan datang, tapi, dengan ikhtiar suplemen terbaik, ianya mungkin tidak datang atau tetap datang tetapi dengan kadar yang mampu dikawal. Takle teruk sangat.


Pengambilan Nutriferon sangat mudah. Hanya koyak sachet & tuangkan di atas lidah. Rasa? Terlalu sedap, macam labu. hehe. anak-anak saya sangat sukakan rasanya. Sedar tak sedar, tetiba, habis ja sekotak depa ngap :D

Siapa yang perlukan Nutriferon?
# Individu yang ingin mengekalkan kesihatan ke tahap optimum
# Individu yang sangat mudah dijangkiti penyakit, demam, selsema dan sebagainya
# Ibu menyusu yang bayinya mudah dan kerap sakit
# Individu yang mempunyai kulit bermasalah, allergik 

Nutriferon bukan seperti painkiller yang lain, ianya adalah berasaskan bahan semulajadi, ekstrak tumbuh-tumbuhan.



Hanya koyakkan, dan tuang ! 

Saya sendiri secara peribadi, tidak mengambil Nutriferon setiap hari, cuma seminggu satu atau dua kali. Begitu juga anak-anak saya. Cuma, bila badan rasa macam nak demam, saya ambil setiap hari. InsyaAllah, selalunya baik :)

Ibu-ibu seperti saya dan Puan Ainul, 

Anda yang ingin mencuba, boleh hubungi saya atau pengedar berdekatan. Sebarkan kebaikan, kongsikan kegembiraan :)

Selamat meneruskan puasa enam di Syawal ya. 
Semoga Allah menerima amalan kita. Ameen



Selamat Hari Raya dari kami !

Thanks for reading!

1 comment:

Vita Jasmine said...

Selamat hari raya master farihah. :)