>

Friday, August 8, 2014

Petua mendapat ilmu yang banyak dan berkat

Perkara pertama yang perlu buat adalah niat ikhlas kerana Allah. Niat yang bulat yang kita tuntut ilmu bukan untuk dunia, tapi semata-mata kerana Allah. Kita belajar untuk keluar dari kejahilan dan sebarkan ilmu yang kita ada kepada orang lain. Ilmu ni bukan khusus untuk ilmu agama sahaja, tapi merangkumi semua ilmu dunia dan akhirat seperti ilmu bisnes, ilmu marketing, ilmu jahitan dan sebagainya. Belajar tu semua kene ikhlas. Kalau tak sia-sia sahaja kita belajar.



Kedua adalah menjauhi maksiat. Maksiat ini dapat gelapkan hati kita. Nanti belajar banyak kali, letih ustaz dok mengulang suruh kita faham, tapi tak faham-faham juga. Maka, beristighfarlah, moga Allah ampunkan dosa kita.

Kita perlu menuntut ilmu walau dimana saja kita berada. Kata pujangga ada menyebut, tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Mungkin sebab negara cina sangat jauh dan ajakan untuk kita bermusafir dalam mencari ilmu. Dengan musafir dan susah payah, maka kita akan menghargai apa yang kita dapat. Kita perlu ingat, nak dapatkan ilmu bukan hanya dalam dewan kuliah, masjid, surau dan seminar semata-mata. Kekadang, pengalaman yang diperoleh dengan berfikir dan bertemu dengan ramai orang menjadi sumber ilmu yang paling besar dalam hidup kita.



Ibnu Abbad ditanya “Bagaimana kamu mendapat ilmu yang banyak?” Maka beliau menjawab “Dengan banyak bertanya” Maka imam Abu Hanifa menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.

Kita perlu bersyukur apabila memperoleh ilmu. Kita juga perlu menginsafi bahawa segala kepandaian, rezeki dan kelebihan yang kita ada hari ini adalah daripada Allah/Tuhan semata-mata. Semua yang kita dapat adalah pinjaman dan ujian kepada kita. Sama ada kita bersyukur atau kufur. Kalau kita bersyukur, pasti Allah akan menambahkan lagi kelebihanNya kepada kita.



Salah satu sifat kehambaan adalah dengan merendah diri. Cara merendah diri adalah dengan selalu meminda. Mintalah daripada Allah dengan berdoa padaNya. Moga Allah member hidayah, menerangi hati dengan ilmu dan kefahaman dan dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi.

Berusaha untuk zuhud dan tidak tamak kepada dunia dan harta.

Akhirnya, sentiasalah bersemangat untuk belajar. Buang perkara negative seperti bosan dan malas. Berkawanlah dengan orang bersemangat untuk belajar dan membaca. Nanti, kita akan menerima tempias mereka..


Sekadar ini dulu perkongsian. Jumpa lagi dilain artikel..

Thanks for reading !


No comments: