>

Saturday, August 16, 2014

Perkembangan bahasa anak

Apakah perkembangan bahasa dan pertuturan awal?
Peringkat bayi dan kanak-kanak adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa. Gangguan dalam peringkat ini memberi kesan yang amat besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan mereka.
Bermula sejak lahir hingga tiga tahun pertama adalah masa kritikal. Bahasa dan pertuturan kanak-kanak berkembang seiring kematangan dan tumbesaran otak mereka. Kanak-kanak juga banyak melihat dan mendengar apa di sekeliling mereka.
Apakah perkembangan bahasa yang normal?
Komunikasi bermula sejak lahir.  Contoh, bayi menangis minta lampin ditukar, meminta susu dan sebagainya.  Komunikasi ini akan terus berkembang bila umur mereka bertambah

UMUR
KEMAHIRAN

0 – 6 bulan
  • Senyum apabila mendengar suara ibu/penjaga
  • Menggerakkan kepala & mata ke arah bunyi
  • Mengeluarkan bunyi-bunyian seperti mengekur dan nyaring

7- 11 bulan
  • Membabel- ‘baba’, ‘mama’, ‘dada’ tanpa maksud tertentu
  • Faham perkataan ‘jangan’ dan arahan mudah seperti ‘bye-bye’, ‘salam’
  • Meniru bunyi mudah seperti bunyi binatang dan kenderaan

1 tahun
  • Meniru sukukata perkataan, contoh: ‘bola’ à /la/, ‘abah’ à /bah/
  • Menguasai 10-25 perkataan
  • Dapat menunjukkan bahagian badan asas
  • Menggunakan kata sosial, contoh ‘hello’, ‘bye-bye’
  • Memanggil nama ahli keluarga terdekat

2 tahun
  • Menguasai kira-kira 50 perkataan
  • Menggabungkan 2-3 patah perkataan
  • Mengikut arahan tanpa bantuan isyarat
  • Tumpuan terhadap sesuatu aktiviti selama lebih kurang 5 minit

3 tahun
  • Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
  • Dapat menyebut nama penuh
  • Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’

4 tahun
  • Faham konsep seperti warna dan saiz
  • Dapat menjawab soalan tentang fungsi objek
  • Menggunakan ayat dengan kata hubung seperti ‘dan’, ‘dengan’
  • Menyebut bunyi konsonan kira 90% secara tepat

5 tahun
  • Bercerita tentang sesuatu topik dengan ayat panjang, kira-kira lebih dari 5 perkataan
  • Menggunakan sambungan kompleks seperti ‘selepas itu’, ‘atau’ dan ‘tetapi’
  • Faham arahan kompleks
  • Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa

Untuk mendapat maklumat lanjut anda boleh rujuk portal myHealth dan berjumpa pakar terapi pertuturan sekiranya anak tidak mencapai tahap yang telah digariskan..
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/terapi-bahasa-dan-pertuturan/anak-saya-pelat

Thanks for reading !