>

Thursday, August 14, 2014

Perkembangan anak dari 0-12 bulan

Assalamualaikum

Interaksi anak dengan ibu bapa akan memberi satu pemahaman berkenaan perkembangan anak masing-masing. Setiap anak berbeza tahap perkembangan fizikal, sosial dan sensor mereka. Disini saya hanya ingin kongsikan tahap perkembangan yang boleh dijadikan panduan anda.



Umur 0-3 bulan.

Fizikal : mampu menggenggam dan membuka tangan, boleh masukkan tangan kedalam mulut, boleh menggerakkan kepala, boleh menggoyang mainan.

Sosial : suka bermain, gembira mengadap muka kecermin, selalu gembira, pandai mempamirkan perasaan mereka.

Sensor : pandai mencapai objek dengan tangan, berusaha mendapatkan brang yang tidak dapat dicapai, meneroka menggunakan mulut dan tangan.



Umur 4-7 bulan

Fizikal : boleh duduk tanpa sokongan tangan, boleh menerima barang dengan sebelah tangan, boleh memberi barang dari tangan ke tangan, kaki boleh menyokong berat.

Sosial : suka bermain, gembira mengadap muka kecermin, selalu gembira, pandai mempamirkan perasaan mereka.

Sensor : 50% pandai mencari objek yang disorok, berusaha mendapatkan brang yang tidak dapat dicapai, meneroka menggunakan mulut dan tangan.



Umur 8-12 bulan

Fizikal : mampu duduk tanpa bantuan, boleh merangkak, berusaha untuk bangun sendiri, berpegang pada perabut untuk berjalan.

Sosial : Malu atau takut dengan orang asing, suka meniru gaya semasa bermain, boleh makan sendiri, suka sesetengah mainan dan orang, menangis apabila ibu ayah tiada.

Sensor : meneroka barang dengan cara berbeza, mudah mencari barang yang disorok, meniru suara, boleh melihat pada gambar yang betul apabila disebut gambar tersebut, lebih pandai menggunakan sesuatu objek dengan betul.


Thanks for reading !