>

Tuesday, August 5, 2014

Demam dan rawatannya

Assalamualaiku dan Salam Sejahtera

Demam merupakan masalah biasa yang dialami oleh kita, samaada bayi atau individu yang telah dewasa. Terdapat banyak rawatan untuk menghilangkan demam samaada pengambilan ubat-ubatan hospital atau rawatan semula jadi yang boleh didapati disekeliling kita. Kebiasaannya pengambilan ubat-ubatan dapat mempercepatkan proses penyembuhan tetapi keburukannya adalah badan kita akan cepat demam semula. Berbeza dengan rawatan alami, ia mengambil masa yang lama untuk sembuh tetapi mampu menguatkan sistem imun sehingga kita susah kembali demam.



Disini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh diambil untuk melegakan demam.

Vitamin C
Semua tahu  bahawa vitamin c mampu melawan demam dengan baik. Kajian menunjukkan, pengambilan vitamin C dapat memendekkan tempoh demam sehingga sehari. Terdapat kajian yang dijalankan keatas peserta yang terdedah dengan cuaca sejuk  dan dibekalkan vitamin C. Keputusan menunjukkan vitamin C dapat mengurangkan 50% peluang mendapat demam. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C berlebihan akan menyebabkan cirit-birit dan sakit perut. Maka yang terbaik adalah, makan mengikut sukatan yang telah diberikan dan bersederhanalah.



Sup Ayam
Ini adalah makanan yang sangat senang untuk disediakan. Malah ia memberi banyak kebaikan kepada badan kita. Ia mampu menghalang dehidrasi semasa demam dan menguatkan tubuh badan.

Teh panas
Minum teh panas dapat memberi banyak manfaat seperti sup ayam. Menyedut aroma teh mampu menghilangkan sesak nafas dan melegakan saluran pernafasan. Kalau dapat teh hijau atau teh hitam juga sangat bagus kerana ia merupakan antioksida yang boleh melawan penyakit seperti demam.



Bawang putih

Pengubatan menggunakan bawang putih telah lama diamalkan oleh orang tua kita. Terdapat penyelidikan yang membuktikan dengan mengambil supplement bawang putih setiap hari dapat mencegah demam. Ia mempunyai banyak menfaat dan kelebihan disamping bau yang dapat mencegah banyak penyakit.



Air Garam
Bila demam, kebiasaannya kita akan mengalami sakit tekak atau tiada suara. Cuba gunakan air garam dengan mencampurkan air bersama sesudu the garam dan berkumur sebanyak 4 kali sehari. Ia dapat mengekalkan kelembapan tekak

Tidur
Kehidupan hari ini sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Tidur dan berehatlah kerana badan kita akan menggunakan tenaga secara terus untuk berlawan dengan penyakit. Kekalkan dalam suhu panas yang selesa dan berehatlah.



Ok, setakat ini dulu.. Jaga kesihatan diri kita. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita...

Thanks for reading!

No comments: