>

Wednesday, August 6, 2014

Bila anak tak boleh tidur

Pernahkah anda alami situasi anak menangis sepanjang malam dan tak mahu tidur? Atau anak anda masih aktif bermain walau jam menunjukkan pukul 2 pagi? Saya yakin ini perkara biasa yang dialami oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak.



Mereka masih kecil
Kebiasaannya bayi tidur dalam 12 ke 18 jam sehari. Cuma, cara tidur mereka tidak menentu. Dalam 2 bulan pertama kelahiran, mereka masih belum dapat membezakan antara siang dan malam. Maka suami perlu membantu isteri dalam tempoh isteri tengah berpantang dan pastikan isteri mendapat tidur yang cukup bagi mengelak stress.



Mereka perlukan anda untuk tidur
Menyanyi atau berzikir untuk menidurkan anak setiap malam akan menyebabkan sicomel anda tidak boleh tidur tanpa kehadiran anda, maka mereka akan menangis untuk dapatkan anda. Perkara yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan mereka dikatil apabila mereka mula mengantuk. Lama-kelamaan mereka belajar untuk tidur sendiri walaupun terjaga ditengah malam dan mendapati anda tiada disisi.

Anak terlalu letih
Kanak-kanak biasanya memerlukan 11 ke 14 jam sehari untuk tidur dan berehat. Sediakan jadual tidur dan rehat anak anda supaya rutin ini dapat mengelakkan mereka dari terlalu letih. Rutin tidur malam dan siang, makan, bermain dan berjalan.



Rutin amalan sebelum tidur
Melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum anak masuk tidur akan memberi isyarat pada anak anda tentang waktu tidur mereka. Baca cerita, menggosok gigi dan memadamkan lampu adalah rutin yang boleh diamalkan. Seeloknya rutin ini bermula pada usia mereka 4 bulan.
Kadangkala anak anda akan cuba menangguhkan waktu tidur mereka dengan ajak anda bersembang, lama ditandas , menonton tv, minta anda bercerita lebih banyak kisah yang mereka suka atau ingin minum, apa yang perlu anda lakukan adalah mengurangkan masa bercakap dan jelaskan pada mereka berkenaan waktu tidur. Lama-kelamaan mereka akan faham waktu yang sebenar untuk tidur.

Tidak cukup tidur waktu siang
Biasanya, anak yang tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu siang akan mengalami masalah tidur pada waktu malam. Bayi memerlukan tidur 2 atau 3 kali sehari berbanding kanak-kanak sebanyak sekali. Jika anak anda masih mengantuk, biarkan mereka tidur siang lebih lama tapi tidak menghampiri waktu asar ok.

Berdengkur
Terdapat kanak-kanak yang tidak mahu tidur kerana mereka mempunyai masalah berdengkur. Seeloknya berjumpalah dengan pakar pediatric untuk merawat anak anda. Menganggap berdengkur adalah normal adalah sdalah kerana berdengkur terjadi mungkin disebabkan anak anda mempunyai masalah seperti alahan cuaca atau masalah pernafasan



Putting susu dan teddy bear
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang memberikan barang seperti selimut, bantal atau anak patung untuk memudahkan anak mereka tidur. Ia bukan sesuatu yang elok kerana anak anda mungkin akan mengalami masalah tidur bila barang istemewa itu tiada..




Anak-anak amanah kita, terpulanglah bagaimana ingin mencoraknya..

Thanks for reading!

No comments: