>

Monday, September 1, 2014

Bersalin di hospital mana?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih sempat untuk menyiapkan artikel untuk pembaca surijunior. Proses kelahiran adalah saat yang sangat genting dalam hidup seseorang perempuan yang bakal bergelar ibu. Pemilihan hospital yang baik dapat memudahkan urusan melahirkan khalifah kecil ke muka bumi ini dengan sempurna insyaAllah. Disini saya ingin kongsikan beberapa perkarta yang perlu kita ambil kira semasa ingin memilih hospital bersalin.



1. Sejarah kesihatan
Anda kene tahu rekod kesihatan anda terlebih dahulu. Perlu pantau samaada anda mempunyai kencing manis atau darah tinggi, sakit jantung atau pernah mengalami komplikasi semasa kelahiran sebelum ini. Jika anda pernah mengalami masalah ini, saya sarankan pergilah hospital yang berpengalaman, mempunyai kelengkapan yang lengkap dan cukup, terdapat kemudahan dan alatan yang sempurna supaya tidak timbul sebarang masalah semasa proses kelahiran nanti.

2. Bajet
Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Tak semua orang mempunyai insurans/takaful dan syarikat yang sanggup membayar bill hospital dan kos rawatan barsalin. Jadi, peruntukkan sedikit wang untuk proses ini. Walaupun anda berhasrat untuk bersalin secara normal, simpan juga wang kecemasan jika terpaksa menghadapi kelahiran caesarean.Eloknya, berkunjung dahulu ke hospital yang anda inginkan dan dapatkan maklumat lengkap mengenai kos bagi pakej barsalin di hospital berkenaan.

3. Lokasi
Sebaiknya, pilihlah hospital yang berdekatan dengan rumah anda supaya anda boleh terus bergegas ke hospital apabila mengalami tanda ingin bersalin. Ini juga dapat mengelakkan sebarang komplikasi daripada berlaku.

4. Prosedur
Anda perlu lahu prosedur sesebuah hospital samaada membenarkan suami atau ibu untuk masuk atau tidak semasa proses kelahiran berlaku. Ini kerana, terdapat sesetengah hospital tidak membenarkan orang lain masuk kedalam bilik berkenaan.



5. Hospital rakan bayi
Seeloknya, pilihlah hospital yang meraikan penyusuan susu ibu. Ini kerana, pemberian susu ibu terutama pada peringkat awal sangat penting untuk menguatkan sistem imun anak anda.



Selepas proses kelahiran selesai, ambillah masa untuk berehat bersama simanja anda dan berpantanglah dengan baik. Amat penting untuk menjaga kesihatan semasa dalam pantang untuk mengelak sebarang keburukan apabila anda tua nanti. Anda juga boleh berpantang bersama Shaklee. Kami menawarkan set berpantang yang sangat baik untuk anda, dari bahan semulajadi. Jangan tangguh, hubungi SID kami berdekatan anda segera.


Thanks for reading!