>

Monday, August 18, 2014

Anak agresif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tentu pening kepala bila anak agreaif dan suka marah-marah. Kalau tidak sabar, mahu je tangan naik ke badan dan suara akan marah-marah anak. Sabar dulu ibu, jangam cepat melatah. Didiklah anak menjadi baik dengan sabar dan penuh hikmah. 



Jika anda seorang guru dan anak murid adalah sangat agreaif, cuba wujudkan pembelajaran yang aktif dan kreatif. Jangan terlalu mengejar sukatan pelajaran, tetapi fokus lebih kepada keupayaan anak den aktiviti yang efektigf.

Jika anak suka memukul, menendang dan memaki, maka salirkan tenaga tersebut kearah yangnlebih baik. Suruh mereka tendang bola, main hoki, badminton dan melaungkan azan atau percakapan baik dengan kuat.



Anda juga boleh jauhkan anak dari perkara negatif seperti kejadian orang bertengkar dan bergaduh, tv yang menunjukkan aktiviti tidak baik. Seeloknya anda boleh menunjukkan kesan perbuatan agrasif kepada anak. Contohnya kesakitan yang akan dialami jika tidak berhati-hati.

Jika semua tak boleh juga, hukumlah anak dengan hukuman mendidik bukannya memarahi. Contohnya menyekat perbelanjaan anak atau suruh anak basuh tandas atau membuat kerja rumah.



Akhir sekali, tawarkan kasih sayang pada anak. Peluk mereka, jangan marah marah. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dan dipelihara.

Setakat ini dulu, jumpa lagi.

Thanks for reading!