>

Monday, July 14, 2014

Turunkan Berat Badan Dengan Mengurangkan Makan Di Waktu Malam

Pakar kesihatan sering mengesyorkan agar mengehadkan makan di waktu malam. Ini langkah yang terbaik untuk mengekalkan berat badan ideal dan menurunkan berat bagi orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Satu kajian yang dilaporkan di dalam British Journal of Nutrition berjaya membuktikan kesahihannya. Mereka mengesahkan bahawa mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam menyebabkan kurang kalori diambil setiap hari serta mempercepatkan penurunan berat badan.




“Lelaki yang mengehadkan makan di waktu malam mampu mengurangkan 1 pound berat kurang pengambilan kalori sehingga 240 kalori setiap hari”  (British Journal of Nutrition)

Kurang pengambilan kalori bersamaan dengan berkurangnya berat badan

Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji kesan mengehadkan makan di waktu malam terhadap pengambilan kalori dan berat badan. Secara spesifiknya, 29 lelaki yang bertubuh sihat (berumur antar 18 ke 26 tahun) yang mempunyai berat badan yang normal telah diminta untuk mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam. Mereka perlu mengelakkan segala jenis makanan ataupun makanan ringan kecuali air antara jam 7 petang ke jam 6 pagi.



Sekumpulan lagi kumpulan diminta untuk mengekalkan tabiat makanan yang sentiasa diamalkan (kumpulan kawalan). Eksperimen ini dijalankan selama 2 minggu. Sebahagian peserta memulakan dengan pengehadan makan di waktu malam dan sebahagian lagi memulakn dengan mengamalkan tabiat yang biasa. Para penyelidik kemudiannya memeriksa kadar pengambilan nutirisi dan berat badan sepanjang tempoh kajian.



Keputusannya, berbanding dengan kumpulan kawalan, peserta yang mengehadkan pengambilan makanan di waktu malam telah berjaya mengurangkan berat badan sehingga 1 pound dan kadar kalori yang diambil berkurang sehingga 240 kalori berbanding yang biasa. Bagi yang mengamalkan makan di waktu malam serta mengikut tabiat biasa mereka, berat badan telah bertambah lebih dari 1 pound.



Ketua penyelidik kajian ini mengulas bahawa “meskipun jumlah kalori telah berkurang dalam kadar yang sedikit, tetapi langkah ini mungkin berkesan untuk menyeimbangkan berat badan yang ideal”. Namun, kajian yang lebih panjang perlu untuk membuktikan secara tepat penemuan ini.

Langkah-langkah untuk mendapatkan berat badan yang ideal

Bagi orang yang sihat, pengurangan berat badan dan keseimbangan berat badan adalah bergantung kepada jumlah kalori yang kita makan dan pembakaran kalori-hanya semudah itu. Tetapi cara hidup yang diamalkan memberi kesan terhadap proses ini dan ia bertukar menjadi lebih kompleks dan mencabar. Senaman berterusan disamping makan kurang kalori sememangnya amalan yang sangat penting untuk mengoptimumkan berat badan unggul.



Kita harus ingat bahawa berat badan unggul dan ideal sangat penting untuk kesihatan yang terbaik serta mengelakkan badan dari terkena serangan penyakit berbahaya. Jadi, cubalah cara terbaik bagaimana  untuk menurunkan berat badan dengan mendapat nasihat dari pakar pemakanan atau professional.

Dipetik dari journal (Brit J Nutr 2013;110:2108–13)



Shaklee menawarkan Cinch Shake untuk membantu anda menurunkan berat badan. Ia mengandungi Cinch Pro campuran protein dan kaya dengan leucine. Leucine berupaya memelihara oto semasa menurunkan berat badan.

Thanks for reading!