>

Wednesday, July 9, 2014

Senarai Semak Ibu Mengandung

1.Ambil Asid Folik Setiap Hari
Kesihatan bayi dalam kandungan ialah tanggungjawab si ibu. Mulakan hari dengan mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari. Jumlah ini sama dengan pengambilan kebanyakan multivitamin. Asid folik ialah vitamin B9 yang terdapat dalam kebanyakan sayuran hijau, buah-buahan sitrus dan kekacang.



Biasanya doktor akan membekalkan bakal ibu dengan asid folik berbentuk pil supaya pengambilan 400 mikrogram sehari adalah mencukupi. Ini kerana, kebanyakan kajian mendapati bahawa langkah ini berjaya mengurangkan risiko bayi dilahirkan terencat pertumbuhan otak dan saraf tunjang sehingga 70%. 

2. Atur temujanji dengan doktor gigi
Adakah anda tahu doktor gigi boleh membantu supaya kandungan sihat? Pastikan gigi dan gusi si ibu sihat dan tidak bermasalah ketika mengandung. Kerana kehamilan meningkatkan risiko penyakit gusi yang seterusnya mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang. Jadi, bagi mengelakkannya jaga kebersihan gigi sebaik-baiknya dengan memberus serta flos gigi sekerap mungkin.



3. Berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan berat badan yang seimbang
Terlalu kurus menyebabkan bayi kurang nutrisi. Terlalu berat pula turut mengundnag bahaya terhadap kandungan serta menambahkan risiko kemerosotan kesihatan. Ia termasuklah diabetes dan tekanan darah tinggi yang mengakibatkan susahnya untuk melahirkan anak. Senaman adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengawal berat badan.



4. Jadikan senaman suatu tabiat
Target untuk melakukan senaman selama 30 minit setiap hari. Berjalan kaki, mengayuh basikal dan berenang adalah cara terbaik untuk bersenam. Ataupun anda boleh juga hadir ke kelas senaman bakal ibu bersama jurulatih.


5. Makan makanan yang seimbang untuk anda serta si bayi
Mulakan cara pemakanan yang seimbang dan sihat sekarang. Ajaklah suami untuk mengamalkannya bersama. Ibu mengandung memerlukan lebih protein, kalsium dan asid folik. Jadi, kumpulkan stok buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran, dan sumber tenusu yang kurang lemak di rumah anda. Hentikan memakan snek-snek, makanan berminyak, soda ataupun makanan rapu yang lain yang tidak mempunyai nilai kalori.



6. Rancang Bajet untuk Bayi
Perancangan kewangan yang baik adalah langkah bijak bagi menyambut kelahiran si comel. Masukkan dalam bajet untuk barangan bayi seperti pakaian bayi, lampin, perabot, upah pengasuh dan lain-lain. Jadikan bajet ini suatu yang praktikal supaya beban kewangan dapat dielakkan.



7. Kawal pengambilan kafein
Pakar-pakar menasihatkan seorang ibu hamil hanya boleh mengambil tidak lebih dari 200mg kafein setiap hari. Tukarkan kafein yang terdapat dalam kopi atau teh dengan jenis minuman yang lain seperti jus dan susu.

Thanks for reading !