>

Sunday, June 15, 2014

Tips penyusuan awal kelahiran

Mendapat anak adalah anugerah terbesar dan terindah bagi seorang ibu. Rasa sakit melahirkan seolah hilang apabila terdengar tangisan sikecil.

Perkara utama yang harus dilakukan selepas kelahiran adalah menyusukan amanah Allah ini. Bagi ibu yang baru mendapat anak sulung, saya yakn kita tentu banyak persoalan dalam diri kita.

"Macam mana nak menyusu ni?"
"Dah kenyang ke anak ni?"
" Berapa kali kene bagi susu?"
" Nak bagi payudara kanan ke kiri lepas ni?"

Itulah antara persoalan biasa bila kita mendapat anak pertama. Saya juga pernah mengalami persoalan yang sama. Jadi, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk ibu muda yang baru kali pertama mendapat anak.



* Tawarkan payudara anda kepada bayi samaada dia lapar atau menangis - kebiasaanya setiap 2 jam berikan susu kepada sikecil. Ini kerana perut mereka masih kecil dan suau ibu cepat hadam. Jadi mereka cepat lapar.

* Jika anak yang dilahirkan adalah 6 minggu lebih awal dari jangkaan kelahiran, susukan mereka selalu. Kejutkan sikecil sekiranya mereka tidur lebih 4 jam. Mereka sebenarnya lapar, dan letih, tetapi mereka tidak mampu bangun untuk minta makan dari ibunya.

* Penyusuan biasanya mengambil masa 20-30 minit.  Terdapat juga sesetengah bayi yang minum dengan laju dan mengambil masa antara 10-15 minit untuk sekali menyusu. Tak apa, asalkan mereka kenyang itu sudah memadai. Terdapat juga bayi yang tertidur sebentar semasa menyusu dan purata 40 minit untuk berasa kenyang. Apa yang perlu dilihat adalah, jika bayi menyisu kurang dari 10 minit atau lebih dari 40 minit, kemungkinan terdapat masalah tertentu. Cuba tengok balik, bayi anda mendapadat susu yang cukup atau tidak. Caranya dengan melihat bilangan lampin yang ditukar dan pergerakan hisapan dan lekatan bayi pada payudara

* Menyusu sebelah payudara dahulu. Pastikan sikecil anda menyusu sebelah payudara dahulu. Contohnya jika pukul 10 pagi bayi anda menyusu pada payudara sebelah kanan dan dia tertidur kekenyangan, pada pukul 12 nanti tawarkan payudara sebelah kiri pula. Tapi, sekiranya  anda menyusukan bayi sebelah kanan tapi dia belum kenyang sepenuhnya, anda boleh tawarkan sebelah kiri. Apa yang penting, biar bayi anda kenyang dan sihat. Mengosongkan payidara sebelah sebelum beralih ke payudara lain penting sebab susu ibu mempunyai foremilk(cecair permulaan) dan hindmilk(lemak susu belakang).

* Jangan buang puting. Pastikan bayi anda membuang sendiri mulutnya dari puting. Mereka akan lakukan apabila mereka bersedia walaupun telah tidur.

Saya doakan kita mampu menjayakan penyusuan penuh selama 2 tahun insyaAllah. Shaklee juga ada menawarkan set penyusuan kepada para ibu. Ia untuk mengekalkan tenaga walaupun kita menyusukan bayi.







Thanks for reading!