>

Tuesday, June 17, 2014

persiapan menghadapi Ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan. Rasa tak sabar nak jumpa bulan yang hebat ini. Biasanya kalau nak jumpa sesuatu yang istimewa, kita tentu akan buat persediaan terbaik untuk bertemu dengannya kan? Disini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menghadapi bulan yang mulia itu.




1. Berpuasa - seeloknya latih dulu diri kita untuk berpuasa sunat sebelum menyambut Ramadhan. Terutamanya pada bulan Rejab dan Syaaban. Ini penting supaya kita sudah biasa dengan amalan puasa, dan badan kita tidak terlalu letih. InsyaAllah.. :)

2. Berdoa - Kita diajar untuk berdoa supaya Allah memberi rezeki kepada kita untuk bertemu bulan Ramadhan. Ia adalah usaha yang murni dan boleh diamalkan bermula bulan Rejab lagi.

3. Amalkan solat tahajjud - solat tahajjud adalah latihan yang sangat praktikal untuk dilakukan. Ia adalah latihan kepada solat sunat terawih nanti. Ia juga merupakan ibadah tambahan untuk menunjukkan ketaatan kita kepada Allah saw.



4. Membaca AlQuran - Bermula dari sekrang, berlatihlah untuk membaca AlQuran. Dari sehari ke sehari tingkatkan pembacaan. InsyaAllah apabila Ramadhan nanti kita mampu untuk menghabiskan 30 juzuk dalam masa sebulan.

5. Tidur awal - selain memberi kesan yang baik pada kesihatan, tidur awal juga sangat baik untuk memudahkan kita bangun bersahur nanti.

6. Bersabar - berlatihlah bersabar. Sabar dalam menahan marah dan sabar untuk melakukan ketaatan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..

Thanks for reading !

1 comment:

Hafez Zahruddin said...

Assalamualaikum Master Farihah,
Selalunya saya jadi silent reader, tapi kali ni gatal tangan nak tinggalkan jejak.
Setiap tahun, saya memang tak sabar-sabar menunggu Ramadhan. Bos beri waktu kerja yang lebih pendek. Boleh rilek rilek baca quran siang hari.
:-)

Hafez the Great
saya suka berceloteh...