>

Monday, May 19, 2014

Kandungan Berisiko Tinggi

Assalamualaikum Selamat petang

Pernahkah kita dengar saudara atau sahabat terdekat kita memrupakan seorang yang mempunyai risiko tinggi sewaktu mengandung? Biasanya kandungan berisiko tinggi ini dikaitkan dengan wanita yang yang mempunyai lebihan berat badan (obesiti), diabetes, praeklampsia dan beberapa faktor lain.



Wanita yang mempunyai kandungan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan yang lebih khusus untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti keguguran janin. Menurut kajian, sebanyak 1 daripada 6 kehamilan mengalami keguguran. Keguguran ini biasanya berlaku sebelum usia kandungan berusia 16 minggu. Malah, 200 daripada wanita mengalami keguguran berulang-ulang lebih dari 3 kali berturut-turut.

Apa yang perlu saya lakukan?

Mula-mula sekali anda perlu positif. Kandungan berisiko tinggi bukan beerti sesuatu yang buruk pasti berlaku. TIDAK SAMA SEKALI. Ia lebih kepada peluang menjalani pemeriksaan dengan lebih kerap. Peluang untuk berjumpa dengan pakar bagi membincangkan perkembangan kandungan anda dan kesihatan diri anda.




Kemudian, carilah punca kenapa anda digolongkan dalam golongan yang mempunyai kandungan berisiko tinggi. Dengan mengetahui punca, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan. Bertanyalah doktor dan jururawat sewaktu pemeriksaan kandungan. Jangan takut untuk bertanya. Dapatkan banyak maklumat dengan bertanya mereka yang pakar dan pembacaan.

Faktor kandungan berisiko tinggi:
* Mengandung dalam usia lebih dari 35 tahun
* Mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, autoimmune disorder, kanser dan sawan
* Pernah melalui cesarean pada kandungan yang lepas
* Obesiti
* Air ketuban sedikit atau terlalu banyak
* Sejarah kandungan yang bermasalah
* Mempunyai masalah uri
* Bayi terlalu besar

Akhir sekali, jangan takut untuk melahirkan walaupun tergolong dalam golongan berisiko tinggi. Dengan mengikut panduan yang diberikan oleh doktor, anda pasti mampu bersalin dengan baik. InsyaAllah

Rujukan:
1. National Institute of Health
2. Health4mom.org
3. my.theasianparent.com

Thanks for reading!