>

Monday, April 28, 2014

Super parent : Tips terbaik yang boleh diamalkan

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua. Moga sihat dan bahagia hari ini. Pernah tak kita tinggalkan anak didapun sekejap sebab nak angkat telefon di ruang tamu, bila kembali ke dapur, kita lihat tepung memutih di lantai atau anak tengah sepahkan barang-barang. Atau mungkin juga anak merajuk tidak mahu bawa bekal yang kita sediakan ke sekolah sebab masakan yang tidak menepati citarasa mereka. Biasanya dalam keadaan ini apa reaksi kita? Menjerit, marah, geram?

Sabarlah sebentar. TEKAN BUTANG PAUSE didahi kita. Datang dan senyum pada anak, tanya kenapa mereka berkelakuan sedemikian. Mungkin mereka ingin tolong kita mengemas, cuma caranya saja tidak kene.




Jika kita mengambil pendekatan memukul atau menjerit pada anak, ia akan memberi signal "Kalau tolong mak, nanti kene marah". 

Berikut yang boleh kita amalkan dalam pendidikan mereka tanpa marah dan pukul:

1. Fahami maksud disebalik perkataan tingkah laku
Teringat saya apa yang dikatakan oleh Naomi Aldort, penulis buku Raising Our Children, Raising Ourselves. beliau mengatakan bahawa setiap anak ingin mempunyai tingkah laku yang baik, cuma kadang-kadang mereka lakukan sesuatu yang buruk. Sebagai ibu bapa, kita kene mengenalpasti kenapa anak-anak berkelakuan begitu. Cari akar dan puncanya, bila sudah jumpa, maka senanglah nanti kita hendak perbetulkan mereka.

Jadi, cuba tanya diri kita. Adakah anak-anak pernah memukul adik beradik mereka hanya semata-mata ingin  dapatkan perhatian kita yang sedang asyik dengan telefon dan gadget? Jadi, pembetulan yang boleh kita lakukan adalah dengan memberikan perhatian kepada mereka.

2. Fokus mengawal diri-bukan mengawal anak.
Bila apai marah tengah memuncak dalam diri kita apabila melihat anak-anak lakukan perkara yang kita tidak suka. TEKAN BUTANG PAUSE! Kawal diri dari marah. Bagaimana kita melayan anak, pasti akan dicontohi oleh mereka. Marah akan dibalas marah, pukul akan dibalas pukul. Jika kita marah, ia akan membentuk peribadi anak yang nakal dan mudah memberontak. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. bersabarlah...Kawal diri. Contoh yang boleh dikatakan kepada anak bila kita tidak suka mereka melempar barah:

"Uh oh,  Tentu mainan sedih campak dia, letak elok-elok kalau tak dia sakit"


3. Konsesten dengan harapan yang kita bina
Maksudnya adalah, sentiasa mengekalkan sifat positif kita terhadap anak. Jangan letih untuk mendidik mereka. Apabila anak selalu menggigit lengan saudaranya. Pegang tangan mereka dan nyatakan keburukan lingkah laku tersebut. Sekiranya anak tetap lakukan perkara yang sama walaupun telah dinasihati beberapa kali, asingkan mereka dari kumpulan anak-anak yang sedang bermain dengan anak-anak kita.

Kadang kala, anak kita hanya ingin menguji kesabaran kita. Seperti biasa ucaplah: 

"Mama sayang awak. Mama rasa mama tak mahu marah hanya sebab perbuatan awak macam tu"

4. Berikan perhatian terhadap tingkah laku anak yang kita suka - bukan tingkah laku yang tidak suka
Seperti biasa, anak-anak tantrum atau mengamuk disebabkan menagih perhatian dari ibu bapa. Abaikan mereka sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak disukai. Tetapi, jika mereka menolong kita, berbuat baik, pujilah dan berikan perhatian. Tunjukkan rasa perhatian kita atas kebaikan yang mereka lakukan.



5. Redirect.
Anak-anak yang selalu mendengar jangan,tidak biasanya akankerap lakukan apa yang kita larang. Cuba ubah dengan ayat positif.

"Jangan buang mainan" kepada "Susun mainan elok-elok sayang"

Akhirnya, 15 minit masa yang berkualiti dengan anak mampu melahirkan anak yang bahagia dan mempunyai tingkah laku yang baik. Buatlah sesuatu bersama anak pada masa tersebut.Nyatakan kehebatan anak-anak dan kecintaan anda terhadap mereka.

Thanks for reading!