>

Tuesday, March 11, 2014

Tidur dalam perspektif Islam

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum (20:30)
“ Dan termasuk ayat-ayat kami (iaitu) waktu tidur kamu dimalam hari dan waktu kamu mencari rezeki-Nya di siang hari. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi kaum yang mahu mendengar.”

Bila Allah memberi kita nikmat tidur yang nyenyak, maka bersyukurlah dengan rezeki tersebut. Berapa ramai manusia yang mempunyai tilam yang empuk dan suasana yang nyaman tidak mampu untuk tidur lena.


Menurut Professor Sara Mednick dari Universiti of California San Diego menyebut: “Tidur walau dapat masa yang sekejap, asalkan berkualiti dapat meningkatkan kreativiti dan menyelesaikan masaalah. Secara fizikal, tidur yang berkualiti bukanlah memejamkan mata semata-mata, ia lebih kepada proses yang Allah lakukan untuk badan manusia membaiki sel, organ dan sistem tubuh supaya beroperasi lebih optimum. Kesannya, tubuh seseorang akan lebih segar, emosi stabil dan bangun tidur dengan penuh semangat dan bertenaga.



Tidur gaya Rasulullah SAW

Ibnu Qayyim Al-Jauzi menyatakan:
“ Barangsiapa memerhatikan kaedah tidur dan bangun Rasulullah SAW, nescaya mengetahui bahawa tidur Baginda adalah yang terbaik dan bermanfaat untuk badan, organ dan kekuatan.”

Antara adab tidur Rasulullah SAW adalah:
-          Bersuci diri dan berwudhuk sebelum tidur
-          Membanyakkan istighfar dan taubat
-          Memaafkan kesalahan orang lain dan menjauhi dendam
-          Mengiring sebelah kanan
-          Tidak tidur meniarap
-          Membuat wasiat untuk ahli keluarga
-          Membaca al-Quran, berzikir dan berdoa

Tidurlah dengan penuh kesyukuran dan damai menghayati nikmat kerehatan. Berdoalah:




Thanks for reading!



No comments: