>

Friday, March 7, 2014

Limau nipis, anugerah tuhan tidak ternilai..

Tidak ada suatu pun yang diciptakan tuhan dengan sia-sia. Setiap benda pasti ada manfaaa dan kelebihannya. Limau nipis adalah antara buah yang masam tetapi mempunyai banyak kebaikan pada kesihatan manusia. Ia sangat bermanfaat untuk diamalkan dalam diet seharian, disamping harganya yang sangat murah di pasaran.



Penyelidik di Universiti Innsbruck, Austria telah membuat kajian bahawa sekiranya limau nipis dibiarkan masak ranum sepenuhnya iaitu apabila ia menguning, ia dapat memberikan antioksinan sehingga ke paras maksimum.

 .       Survi
Skurvi adalah penyakit yang boleh dilihat melalui keadaan fizikal seseorag. Pengidap skurvi biasanya selalu diserang selsema, ulser mulut, gusi berdarah dan bibir kering. Vitamin c yang tinggi dalam limau purut boleh mengelakkan penyakit ini terjadi.


  Sembelit
Asid dalam limau nipis mampu membersihkan usus. Ia boleh menjadi pelawas bagi mengelak sembelit.

3.       Mengelak berat badan
Dalam limau nipis terdapat asid sitrik yang mampu membakar lemak. Eloknya selepas makan sup daging, amalkan meminum perahan penuh limau nipis kedalam air suam. Ia sungguh menyegarkan dan minuman antioksidan


4.       Limau nipis mengandungi fitokimia yang mengagungkan. Kandungan antioksidannya sangat tinggi dan bersifat antikanser.

5.       Selsema
     Perah dua biji limau nipis ke dalam setengah liter air panas. Tambah sedikit masu asli untuk menyedapkannya. Hirup perlahan-lahan pada sebelah malam sebelum tidur untuk merawat selsema. Ini kerana limau nipis mempunyai nilai antiviral yang kita untuk menghalang selsema merebak.



 .       Sakit tekak
Campurkan jus limau nipis dan air dengan nisbah 1:1. Gunakan untuk berkumur bagi melegakan sakit tekak. Boleh juga masukkan garam laut untuk kesan yang maksimum.


7.       Bengkak gusi
Ambil segelas jus limau nipis yang diperah dan cairkan dengan air. Tambah secubit garam dan minum. Kulit ari limau nipis boleh digosok pada gusi yang bermasalah untuk melegakan gusi.


Tahukah anda, limau nipis mempunyai lebih banyak jus jika ditempatkan di tempat yang panas. Bagi mendapatkan perahan maksimum, rendam dulu dalam air panas beberapa minit kemudian uli seketika. Barulah diperah


Thanks for reading!


No comments: