>

Saturday, February 22, 2014

Penjaga bayi dan susu ibu

Menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif selama 2 tahun bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya yakin ramai antara kita mempunyai cabaran tersendiri untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. Salah satu cabarannya adalah berurusan dengan penjaga anak kita. Seeloknya, bagi ibu bekerjaya, carilah penjaga bayi yang menyokong penyusuan secara esklusif. Tapi, sekiranya tidak dapat, perkara pertama yang seeloknya dilakukan adalah dengan sentiasa memberitahu mereka kebaikan susu ibu dan hasrat kita untuk tidak memberi susu formula kepada anak.



Antara perkara yang boleh kita lakukan apabila berurusan dengan penjaga anak adalah memudahkan urusan mereka. Jadikan mereka sebagai pasangan untuk menjayakan penyusuan. Banyak bercerita dan bersembang cara pengendalian susu perahan. Seeloknya, hadiahkan mereka bahan bacaan supaya mereka lebih faham cara pengendalian susu perahan.



Ibu yang kembali bekerja boleh amalkan beberapa tips dibawah apabila berurusan dangan penjaga bayi dan memudahkan urusan mereka:
1.       Letakkan susu perahan dalam botol simpanan dengan sukatan yang biasa diminum oleh ba yi (Jangan letak dalam plastik simpanan susu)
2.       Pastikan susu perahan yang diberi kepada penjaga bayi dalam keadaan cair dan tidak beku
3.       Labelkan botol dengan aturan nombor yang perlu diminum oleh bayi (bermula 1,2 dan seterusnya) supaya pengurus bayi tahu susu yang mana perlu diambil terlebih dahulu
4.       Masukkan kesemua botol yang telah dilabel dalam satu bekas dan letakkan nama bayi supaya tidak tertukar nanti.


5.       Kemudian bekas ini diletakkan kedalam peti sejuk bahagian bawah bagi dibekalkan kepada penjaga keesokkan hari.
6.       Esoknya, masukkan bekas dalam beg tahan sejuk. Tambah ais untuk kekalkan suhu susu perahan
7.       Apabila sampai di rumah penjaga bayi, terus masukkan bekas yang mengandungi botol susu perahan kedalam peti sejuk
8.       Beg tahan sejuk tadi boleh dibawa ke tempat kerja untuk menyimpan susu yang diperah di tempat kerja.
9.       Seeloknya, bekalkan pengasuh dengan pemanas elektrik untuk susu perahan

Akhirnya, tidak mustahil untuk menjayakan penyusuan secara esklusif selama 2 tahun. Apa yang penting banyakkan berdoa supaya tuhan memudahkan urusan kita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Set menyusu Shaklee




Thanks for reading!