>

Friday, January 3, 2014

Kencing tikus,


Beberapa hari ini kita telah digemparkan dengan kematian disebabkan penyakit leptospirosis atau dikenali dengan kencing tikus. Sebanyak 7 kes kematian akibat penyakit ini telah dilaporkan dalam sinar harian bertarikh 21 jun 2013. Siapa sangka binatang sekecil itu boleh mempengaruhi kehidupan manusia sehingga membawa maut.

Penyakit kencing tikus?

Lestospirosis adalah nama lain bagi penyakit ini. Ia berpunca dari bakteria Lestospira yang menjangkiti manusia dari melalui lendir hidung, mulut, mata cuping telinga dan air kencing. binatang seperti tikus, kucing, anjing dan khinzir.

Tanda-tanda leptospirosis

Mangsa Leptospirosis peringkat pertama akan mengalami :
-          Suhu badan yang tinggi dan seram sejuk
-          Sakit kepala
-          Loya, hilang selera makan, muntah dan cirit-birit
-          Radang konjuktiva – kulit yang meliputi bahagian hadapan mata dan didalam kelopak mata
-          Sakit sendi dan otot terutamanya betis
-          Rasa letih

Stekiranya mangsa kencing tikus mempunyai tahap imun badan yang tinggi, mereka akan pulih seperti biasa.. Tetapi terdapat sesetengah kes, penyakit ini akan beralih ke peringkat kedua dimana mangsa akan mengalami:
-          Jaundis (kuning pada mata dan kulit)
-          Sakit perut
-          Cirit-birit
-          Ruam pada kulit
-          Sakit bahagian otot


Pada peringkat kedua ini, bakteria akan mula menjangkiti organ dalaman badan seperti buah pinggang, hati, otak, mata, jantung dan paru-paru. Setiap orang akan dijangkiti pada bahagian yang berbeza, namun kebiasaannya akan berlaku kegagalan hati dan buah pinggang.

Faktor risiko termasuklah:
 
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
 
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
 
Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit.

Thanks for reading!