>

Wednesday, January 1, 2014

Kawalan Berkesan Untuk Diabetis

Apa sebenarnya diabetis?

Seseorang yang mengidap kencing manis sebenarnya tidak mempunyai insulin yang cukup dalam badan untuk mengawal aras kandungan gula dalam darah. Atau kemungkinan juga insulin dalam badan tidak mampu berfungsi sebaiknya. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah sejenis hormon yang membantu tisu-tisu badan menggunakan glukosa dan mengawal aras gula dalam darah ke paras normal. Apabila aras insulin tidak mencukupi, paras glukosa akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.



Jenis I dan jenis II Diabetis

Jenis I : Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM). Hanya 5-10% sahaja pesakit diabetis menghidap diabetis Jenis I
Jenis II : Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM)

Apakah tanda penghidap diabetis?

Kebanyakan pengidap diabetis akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
1.       Selalu lapar dan dahaga
2.       Kerap membuang air kencing
3.       Kekurangan berat badan secara mendadak
4.       Penglihatan menjadi kabur
5.       Letih dan lesu

Mereka juga mempunyai masalah seperti :
1.       Penyakit kulit berterusan
2.       Luka lambat sembuh
3.       Jangkitan pada system pembuangan air kecil dan kemaluan
4.       Kebas kaki
5.       Kegatalan tanpa ruam

Rawatan penyakit diabetis

1. Penjagaan diri umum
2. Jagaan kulit
- Mandi setiap hari.
- Keringkan seluruh bahagian tubuh.
- Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.

3. Jagaan kaki.
 - Cuci kaki anda setiap hari.
 - Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
 - Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan     warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
 - Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
 - Tukar stokin anda setiap hari.
 - Jangan berjalan tanpa kasut.
 - Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.

4. Penjagaan Gigi
5. Pemeriksaan mata secara berkala
         - Elakkan alkohol
         - Berhenti merokok
          - Mengawal pemakanan
           - Mengawal berat badan
           - Kerap bersenam

 Shaklee mampu membantu anda















Thanks for reading !






No comments: