>

Friday, January 10, 2014

Belajar bersama anak-anak autism

Ibu bapa yang mempunyai anak autism adalah orang yang sangat istimewa kerana telah dipilih oleh tuhan untuk bersama anak-anak yang sangat suci. Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengajar anak-anak autism supaya mereka sama dengan anak-anak normal yang lain

1.       Maksimumkan penggunaan pancaindera mata
Kebanyakan anak-anak autism sangat mudah untuk memahami sesuatu dengan melihat. Lakukan aktiviti dengan menggunakan lukisan mudah. Anda boleh menggunakan perisian computer untuk menggabungkan objek dan huruf supaya ia kelihatan lebih menarik. Ia sesuai untuk anak-anak yang kurang bercakap



2.       Banyakkan bercerita
Maksudnya ajarlah anak-anak autism untuk memahami situasi dengan cara bercerita. Contohnya, apa yang sepatutnya mereka lakukan sekiranya mereka dengar alat penggera kebakaran. Tunjukkan gambar langkah-langkah yang mereka kena buat menggunakan bahasa yang mudah.

3.       Skil Sosial
Sesetengah anak-anak autism akan memahami cara bersosial melalui lakonan drama. Mereka akan faham cara memberi salam, ucapan terima kasih dan bersimpati melalui drama yang kita minta mereka lakonkan bersama rakan-rakan seperti mereka.




4.       Kelakuan

Terdapat sesetengah anak-anak autism yang susah untuk dikawal. Ketidakbolehan mereka untuk bercakap dengan baik menyebabkan ibu bapa tidak faham bagaimana mereka menunjukkan persaan mereka seperti marah, letih, tidak selesa, cemas dan sebagainya. Jadi, pentingnya ibu bapa memahami bagaimana mengawal mereka berdasarkan kelakuan yang biasa mereka lakukan

5.       Lingkungan kawan-kawan
Bawalah anak-anak anda berkawan. Jangan biarkan mereka keseorangan dirumah. Berjumpalah dengan kawan-kawan sama ada melalui perjumpaan dengan kawan-kawan yang serupa dengan mereka. Ini mampu membina keyakinan dalam jiwa anak.


Akhirnya, para ibu bapa perlu menambah ilmu untuk memahami kelakuan, bahasa dan skill komunikasi dengan anak-anak autism