>

Friday, January 24, 2014

Bayi kembung perut?

Pernah tak alami bayi anda menangis pada jam 3.00 pagi tanpa mengetahui punca sebenar? Biasanya kembung perut pada bayi di kaitkan dengan keadaan bayi menangis disebabkan sakit perut atau bayi menangis buat masa yang lama tanpa sebab.



Terdapat beberapa sebab mengapa masalah kembung kerap terjadi, antaranya:
1.       Bayi diberi susu formula dan alah kepada protein susu lembu atau laktosa
2.       Bayi kurang menyusu atau terlebih menyusu. Disamping jarang sendawakan bayi
3.   Bayi yang terdedah kepada asap rokok. Biasanya ibu yang merokok semasa mengandung dan berpantang mudah menyebabkan bayi kembung





Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan sekiranya bayi anda kembung antaranya mencampurkan habbatus sauda atau lada hitam dalam makanan anak yang lebih dari 10 bulan. Sekiranya anak sudah boleh makan, campuran sup dengan halia juga dapat membantu mengeluarkan angin. Sekiranya bayi masih kecil, sapukan perut bayi dengan minyak habbatus sauda. Anda juga boleh membuat minyak halia sendiri dengan mencampurkan menumbuk sedikit halia dan campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara, kemudian sapukan pada perut bayi

Disini terdapat teknik urutan yang boleh membantu ibu bapa sekiranya bayi anda kembung.




Thanks for reading !




Rujukan
1.       Kementerian kesihatan Malaysia
2.       Webmd

3.       http://cidaemjay.blogspot.com/2009/05/teknik-urutan-bayi.html