>

Tuesday, January 7, 2014

6 Tabiat RapuhTulang


Assalamualaikum semua, apa khabar?

Masalah kerapuhan tulang atau osteoporosis adalah antara penyakit yang sangat ditakuti. Golongan wanita selalunya berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Sekiranya penyakit ini tidak dicegah dari awal, ia boleh menyebabkan patah tulang kerana tulang tersebut telah kehilangan kalsium dan ketumpatan.


Osteoporosis boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang, tetapi kebiasaannya ia berlaku pada bahagian punggung, tulang belakang dan pergelangan tangan.

1. Penggunaan alkohol
Bagi sesiapa yang mengambil alkohol sebanyak 1 ke 2 kali dalam masa seminggu, boleh menghilangkan 2% jisim tulang setahun

2. Merokok.
Kita sedia maklum merokok merupakan satu amalan dan tabiat yang tidak baik. Merokok boleh menghalang pertumbuhan tulang dengan baik. Akibatnya tulang akan menjadi semakin rapuh dan lemah

3. Kehidupan yang tidak aktif
Apa maksudnya? Gaya hidup yang tidak sihat adalah faktor terbesar menyebabkan reput tulang. Malas bersenam dan hanya duduk dan tidur boleh menyebabkan tulang tidak bekerja dengan optimum. Selalu berjalan dan berjogging boleh memberi tekanan kepada tulang untuk bekerja dan menjadi lebih kuat.


4. Pengmbilan makanan yang ber kalsium rendah
Kalsium adalah elemen yang diperlukan oleh organ seperti jantung, saraf dan otot. Tulang pula berfungsi sebagai rumah penyimpanan kalsium dalam badan. Sekiranya kita tidak mengambil  kalsium yang cukup, organ dalam badan akan menggunakan kalsium yang disimpan pada tulang. Akibatnya tulang boleh menjadi rapuh dan kurus.

5. Minum terlalu banyak kafein
Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang mengeluarkan kalsium dari tulang. Ini menyebabkan kurangnya kalsium untuk pembentukan semula tulang.

6. Pengambilan soda berlebihan
Soda mengandungi bahan kimia yang disebut asid fosforik. Asid fosforik inilah yang memberi rasa masam pada soda. Bagi tulang, asid ini akan mengeluarkan kalsium dari badan dan sangat berkait rapat dengan ketumpatan tulang yang rendah.

Bersama mengamalkan gaya hidup sihat

Thanks for reading!







No comments: