>

Thursday, November 14, 2013

Magic Aura Jutawan Melaka

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Program Magic Aura sememangnya mempunyai aura tersendiri. Hampir setiap bulan, ianya berlangsung dengan inisiatif warga Jutawan dan semuanya berjalan dengan baik. Siapa yang pernah menghadiri Magic Aura, pastinya tidak dapat menafikan bahangnya.

Julung-julung kalinya dianjurkan di Melaka, seramai 12 daripada 24 orang Master Coordinators turun padang berkongsi pengalaman & tips bersama aura tanpa batasan. Hmm.. takyah banyak cerita la, jom layan gambar ;D

Poster Program dari Puan Director, Master Ruziah Amin. 12 Masters yang hadir tapi di saat-saat akhir, Master Wan Fatihanum tak dapat hadir, kerana suami beliau warded. Sekarang dah sehat dah.. alhamdulillah :) Poster berhantu ini telah menarik lebih kurang 400 orang atau lebih untuk hadir. Mak ooii ! ramainya. Auranya? takyah la nak cakap kan?


 Hmm.. 400 orang lebih peserta. Bukan orang Melaka sahaja, yang jauh-jauh pun sanggup datang untuk mengutip ilmu. Yelah, siapa taknak jadi Master kan? :)



Ni salah satu contoh, cucu Shaklee saya dari Kuantan nunnn datang ke Melaka. Melopong saya pada mulanya, mak aii.. semangatnya, tapi itulah hakikatnya, tiada yang dapat menahan kemahuan untuk menyedut aura Magic Aura. Dengan anak-anak kecil, sanggup Puan Zaimah meredah untuk datang :)


Ni bahagian belakang dewan, ruang yang sama, di peruntukkan ruang untuk kanak-kanak bermain, tetapi dengan pengawasan. Semasa pendaftaran di berikan pensel warna & kertas untuk mereka beraktiviti. Tergolek-golek la bermain & mewarna kat belakang ni. Bisnes no 1, keluarga bukan no 2. Pernah lihat suasana sebegini dimana-mana? :)


Awal-awal datang, saya booked port dekat dengan electrical point. hehe. Bawa 1 extension cable, jadi berkampung di situ. Ahmad di bawah, Asyrat diikat kemas di stroller. Hmm.. terpaksa, sebab suami saya ada program di sekolah, jadi untuk kawal anak-anak ni, memang pengsan tanpa bantuan Tablet & stroller. Misi berjaya, mereka behave hingga ke akhir garisan. haha

Perkongsian dari Master Lyana Mansor (Johor), Bagaimana sikap FOKUS sangat penting untuk membina bisnes & mengekalkan momentun perniagaan. Suara lantang Master Lyana memang memukau audience. Saya pun kadang-kadang hilang fokus, kalau tak kena gaya. Perkongsian Lyana sangat berguna untuk yang baru juga yang lama. Belakang tu anak Lyana, join mak dia sekali. Ni pemandangan biasa di majlis kani. haha. Lyana yang sedang mengandung anak ke 5, datang dari JB, khusus untuk program ni. Tabik!

Master Hafsah dari KL, sambil datang Magic Aura, bawa sekali keluarga bercuti di Melaka, bandaraya bersejarah :) Hafsah bercerita tentang "House of Inspiration" yang dipecahkan kepada 6 elemen iaitu Faith in Allah, Mindset & Attitude, Master the Game, Sales, Leadership & Dreams. Great job done, Hafsah ! :)

Kami ada juga forum kaum Adam. Dahulunya biasa-biasa, tetapi sekarang, support perniagaan isteri 200%. 2 daripada mereka telah terpaksa berhenti kerja akibat bisnes Shaklee yang luar biasa :) Pengerusi forum adalah Master Firdhaus (paling kanan). Ahli panel dari kiri > Master Aznin (tengah dukung anak. hehe), Encik Salleh & Ustaz Mohd Taufiq. Gamat dewan di buatnya.  Sekejap menjerit, sekejap ketawa, Sekejap terkejut. Erkkk ! Antara perkongsiannya ialah kenapa mereka sangat-sangat yakin dengan Syarikat Shaklee, Apakah masa depan Shaklee & bagaimana suami perlu menyokong isteri. Tahniah kaum Adam. Kehadiran anda memberikan impak luar biasa. Berdua sentiasa lebih baik :)

Tidak kurang meriahnya, Forum Kaum Hawa, Moderatornya adalah Master Iffah (berdiri) dan Master Ruziah (duduk paling kanan). Ahli panel terdiri dari Puan Ainul Shahrazat, Nor Farizan & Cikgu Siti Nur Atfina. Pelbagai soalan dibincangkan. Masing-masing berkongsi pengalaman bermula & mengembangkan bisnes dengan pelbagai cabaran. Sekarang, mereka mengorak langkah lebih jauh. Alhamdulillah :)


Perkongsian dari Master Azlin bagaimana mengatasi rasa TAKUT. Takut nak mula, takut orang ejek, takut rugi, takut tak jadi. Semua jenis takutlah! Cemana nak maju kalau asyik takut?? Haaa.. tips Alin memang membantu. Best ! :)

Haaa.. masa Master Azlin tengah sharing, Master Puteri tolong pegangkan baby. Ehehe comel sangat dua-duanya! ;D

Perkongsian dari Master Puteri. Bagaimana membina bisnes yang mantap & menjadi individu berdayasaing. Kelab 5 pagi? anda mampu? Elemen-elemen yang perlu dalam pembinaan  antaranya ialah Energy, Discipline, Faith, Mind, Commitment, Confidence. Hmm memang best. Sangatttt 


Ni Master Farah Wahida. Kecik-kecik cili padi. hehe. Beliau berkongsi cara pemasaran menggunakan 5 elemen lampu ajaib. Hmm.. kalau master 5 lampu ni, larissss.. Gambar masa bercakap tak sempat ambil. Masa tu tengak sibuk set up work station anak-anak. haha

Ini pula Master Fazliana. Salah seorang orang kuat Magic Aura kali ni. Beliau adalah presenter pertama, ceritakan pengalamannya meniti tangga menuju master. Tak payah, cuma perlu berani & penuh sabar :) Pun tak sempat snap gambar masa bagi speech. Bersilat dengan anak-anak. hihu

Ini Master Suraya, speaker yang penuh dengan keyakinan, memukau setiap mata yang mendengar. Sue cerita bagaimana kekuatan diri menjadikan dirinya Master Coordinator. Pengalaman memulakan bisnes Shaklee semasa beliau ditimpa kecederaan, tidak pernah menghalangnya berjaya. Percaya tak? kena percaya ok, ni kisah benar. haha.

Ramai juga Master yang hadir. Ramai yang boleh jadi Master. Mudah ke nak jadi Master? Haa.. tak payah aih.. kalau kena gayanya :)



Pembentangan dari saya, tips emas, Mudahnya mencapai Master Coordinator. Auummm !!!

Slide 1 : Nampak macam mudah? ahahaha. Kalau ada kegigihan, impian tidak mustahil untuk dilaksanakan :)


Kehebatan berbisnes dengan Shaklee, kita boleh tentukan berapa bonus bulanan yang kita nak. Haaa.. Amacam? betul ke? Memangla betul, ramai yang dah buktikan. Tapi, selepas usaha yang KONSISTEN. Bukan sehari atau seminggu, tapi konsisten selama-lamanya. Komitmen mesti ada, tanpa komitmen, apa pun tak boleh.....

Baik, acara diteruskan dengan amnat terakhir dari barisan para Masters

Saya sedang memberikan pesanan terakhir, dengan-dengan telepon terangkat. amboiii. haha

Acara di akhiri dengan sesi memotong kek oleh para Master Coordinators. dan lepas tu makan ramai-ramai. Sedap mak aiii.. tak terkata ! Dari kanan : Master Puteri, Master Azlin, Master Ruziah, Master Suraya, Master Farah, Master Iffah, saya, Master Suzie, Master Fazliana & Master Hafsah.

Sebelum potong kek, semua ramai-ramai nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu sempena hari lahir saya. sob, sob, terima kasih semua. Cemana ntah boleh sama tarikh dengan Magic Aura. haha

Tiada dalam gambar ialah Master Lyana, Presidential Master Shareeza & Master Wan Fatihanum. Mereka terpaksa pulang atas urusan penting.

Eh.. ada lagi gambar

Bersama PM Cery Mamafaiz, selepas beri amanat, beliau terpaksa pulang.


Dua dari kanan, berniqab, Master Iffah, Mak Shaklee saya, beliau terlibat dalam sesi forum. Hmm.. takde plak gambar berdua ye?




Oo.. ni slot penting sebenarnya. Master Parade / Perarakan masuk para Masters ke dewan. Terima kasih kepada penganjur atas hadiah yang diberikan. Macam-macam ada, sedap-sedap semuanya :)

Gift ! Thanks !!!



Last but not least..........................

Terima kasih di atas kemeriahan. InsyaAllah konsep MLM Shaklee yang adil, kita corakkan mengikut acuan mesra keluarga. Bisnes no 1, famili bukan no 2 kan?

Okay, sampai jumpa lagi :)

Thanks for reading :)