>

Thursday, July 18, 2013

Couscous dengan dory kentang berkismis

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Lama tak post resepi makanan bayi sini kan? Okay, ni ada resepi sedap sehingga menjilat jari dari Sister Chuya Sham, pemilik blog gulegulehatiku. Comel kan nama blog dia? ;D

Baik jom teruskan!

Bahan-bahan :
Couscous 3 sudu besar (Rendam dengan air panas)
Ikan dory secukup rasa
Carrot 1 btg (kecil hiris)
Kentang separuh biji (hiris)
Bawang putih 2 biji
Kismis secukup rasa
rosemary herbs

Cara memasak :
Steam kan dlm 15 min, dan blender (avent steamer blender)
Jika masak pun boleh.. rebus or steam 
Kemuadian, blend or lenyek
Dah siap, boleh spray / titiskan minyak zaitun

Ringkas, mudah & menarik kan?

Couscous ; boleh didapati di pasaraya terdekat anda :)

Sedikit fakta tentang Couscous

Couscous adalah hidangan tradisional Arab  (granul kecil gandum) yang dimasak dengan mengukus. Ia secara tradisinya dihidangkan dengan gulai daging atau sayur-sayuran diatasnya. Ia adalah makanan ruji Afrika Utara Maghribi, Algeria, Tunisia, Mauritania dan Libya.

Couscous adalah hidangan ketiga kegemaran orang Perancis pada tahun 2011 dalam satu kajian oleh TNS Sofres untuk majalah Vie pratique Gourmand dan yang pertama di Timur Perancis

Couscous mempunyai 3.6 g protein bagi setiap 100 kalori, dengan nisbah lemak-ke-kalori 1%

Thanks for reading!