>

Friday, July 19, 2013

Appreciation Hi Tea for Jutawan Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

07072013 melakar sejarah apabila Kumpulan Jutawan Shaklee kami mengadakan perjumpaan besar-besaran. Ianya adalah tajaan Faizland Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Master Shareeza (Nenek Shaklee saya). Anjuran ini adalah bagi menghargai dan meraikan kejayaan para Shaklee Independent Distributor (SID) yang telah mencatatkan rekod cemerlang pada Business Cycle 2012/2013. Alhamdulillah


Berlangsung di hotel ternama, Palace of Golden Horses, majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh lebih kurang 600 SID, kurang 10% dari jumlah sebenar ahli jutawan kami. Majlis Hi-Tea ini dimulakan dengan perarakan masuk para Coordinator sehingga Master Coordinator dan seterusnya ucapan perkongsian pengalaman daripada para Master Coordinator. Penuh dengan aura positif.

Jom layan gambar =)

Anak-anak saya turut membantu menyusun cenderahati

Kami menyiapkan goodie bags. Macam rewang la pulak ;D

Start makan sebelum majlis bermula

Hidangan ringan Hi Tea yang sedap =)

Amirah & Anisah bersama Presidential Master Shareeza, 
berlatarbelakangkan stage penuh auraaa :D

Kek bertemakan "Fairy Tales" kami. Sesungguhnya kejayaan ini bermula dari impian luar biasa setiap dari kami. 

Ucapan dari PM Cery Mamafaiz. Penuh dengan inspirasi & aspirasi =)

Sharing dari saya, sedikit sebanyak dari diri yang tidak seberapa :)


Sesudah sesi sharing dari semua Masters, kami beralih kepada acara memotong 
kek fairy tales kami. Dari kanan Master Izati, Senior Key Coordinator Azlin, Master Nur Laila, Master Cery, Master Iffah, Master Zura, Saya, Master Farah, Master Hadhatina.
Semua rakan Masters yang memberi inspirasi kepada saya sehingga sampai ke tahap ini :)


Sebahagian dari yang hadir. Terima kasih sahabat-sahabat jutawan. Dengan izin Allah, impian kita PASTI menjadi nyata. Jom jangan pernah berhenti memberi :)

Sungguh, saya terharu dipertemukan dengan kumpulan Jutawan. Apa yang saya capai dan lalui kini tidak pernah saya terfikir suatu waktu dahulu. InsyaAllah, semoga Allah terus memberi kekuatan untuk saya terus menyentuh kehidupan insan lain ke arah kesihatan & kewangan yang lebih baik =)

Untuk akhirnya, saya jemput semua pembaca untuk menyaksikan montage yang di hasilkan khas untuk Majlis Hi-Tea Jutawan. Selamat menonton. Semoga bermakna 


Thanks for reading!