>

Wednesday, February 8, 2012

Memulakan S.O.H.O anda

Small Office Home Office semakin popular dikalangan  rakyat Malaysia terutamanya isteri / ibu-ibu yang memilih untuk menguruskan keluarga disamping menjana pendapatan tambahan. 
Contoh SOHO. >__< !



Kelebihan SOHO :
~ Fleksibel
~ Modal yang kecil/ minima tanpa perlu menyewa premis
~ Masa bersama keluarga yang lebih.

Dunia tanpa sempadan dengan kewujudan internet menjadikan SOHO satu kenyataan. Tahukah anda SOHO boleh menjana pendapatan sehingga 5angka? Tidak mustahil 6angka atau lebih dari itu.

Bagaimana saya memulakan SOHO? Anda boleh google & mendapat maklumat bagaimana SOHOwan memulakan perniagaan mereka. Di sini, saya ingin berkongsi apa yang saya lakukan untuk membina SOHO saya secara serius. Perkongsian kecil, yang mungkin boleh membantu anda :)


1. Fikirkan nama kedai & logo yang sesuai 
2. Bina FB Fan Page
FB Page

3. Bina blog 
4. Daftar syarikat
5. Daftar dengan courier service (Poslaju, GDex etc)
6. membuka Akaun semasa (saya pilih Maybank) 

Pendaftaran Syarikat
Untuk mendaftar syarikat, anda hanya perlukan 1-2jam (mungkin kurang) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk urusan pendaftaran. Yang diperlukan hanyalah:
1. IC
2. Wang RM70-RM90 (lebih kurang, tak ingat brapa :P)
3. Rakan kongsi (Jika syarikat bersama)

Kenapa perlukan syarikat?
1. Jadikan perniagaan anda legal
2. Meningkatkan kepercayaan pengguna
3. Boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat courier

Kenapa perlu mendaftar dengan syarikat courier?
1. Item dapat di collect dari kediaman/pejabat FOC tanpa anda perlu menapak ke pusat           poslaju/courier & kurang kos fuel juga ;-) Jika tidak mendaftar, setiap kali pick up akan dicaj (Cth: Poslaju caj RM5/pick up)
2. Mendapat supply plastik & sticker Fragile dari syarikat courier
3. Nama & alamat anda dicetak terus oleh syarikat, Cantik & Jimat masa, perlu tulis nama receiver saja :)

Plastik/ Flyer, Pocket & Form (dengan nama & alamat dicetak)
Juga FRAGILE sticker :)


Kenapa perlukan akaun semasa?
1. Anda boleh mendapatkan buku cek, jadi, pembayaran courier boleh dilakukan dengan mengeluarkan cek     kepada posmen (posmen tidak terima cash). Jika tidak, anda perlu ke Poslaju Centre untuk pembayaran
2. Pengeluaran wang tanpa limit
3. Statement akaun semasa boleh digunakan untuk apply loan rumah/kereta/biz etc. terutama jika anda     adalah WAHM

Akaun semasa boleh dibuka dengan (Ini contoh Maybank current account ya):

~ Deposit RM1k untuk akaun personal dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa    selama 1-2tahun atau lebih
~ Deposit RM2k untuk akaun syarikat dengan menggunakan introducer yang menggunakan akaun semasa     selama 1-2tahun atau lebih
~ Paling mudah, mohon membuka akaun semasa melalui maybank2u. Tunggu maybank call lebih kurang    lepas 3-7hari dengan deposit hanya RM500


---->Lepas settle, nak withdraw balik deposit, boleh la :P

Fikir-fikirkan & Selamat merancang! Berjaya merancang adalah merancang untuk berjaya :)