>

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Omega-3?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Semoga semuanya sihat sejahtera, sebelum askar-askar bangun dari hibernasi, sempat saya berkongsi tentang OmegaGuard. Supplement yang sangat berbaloi untuk di invest. Cemana rupanya? Meh tengok =)
Semua dari kita mesti familiar dengan supplement minyak ikan bukan? Fish oil. Sangat popular. Banyak kebaikan memakan ikan. Ada kajian melaporkan Orang Inuit, jantung mereka sangat kuat & sihat kerana mereka banyak makan ikan. Kalau kita, kalau gemuk saja, selalunya dikaitkan dengan tinggi bad cholesterol & sakit jantung tetapi mereka, walaupun mereka berbadan besar, of course sebab perlu extra lemak untuk menahan sejuk, tetapi jarang di antara mereka sakit jantung. 
Inuit Village
Ini disebabkan pengambilan diet berasaskan ikan yang tinggi sebagai sumber omega-3 yang menyumbang kepada kesihatan jantung. Ada jugak saya pernah dengar dulu (takde kajian saintifik okey), Orang Terengganu & Kelantan kebanyakannya pandai sebab banyak makan keropok ikan. Ye ke? Balik tanya mak eh?! :P Orang Kedah pon sehat sebab banyak makan sayur fresh dalam pasembor, Jangan tak tau! >__<V
Keropok lekor yang lebih sihat jika direbus/kukus =)
Kenapa ikan? Sebab ikan adalah sumber popular Omega-3? Apakah Omega-3?

Asid Lemak Omega-3 adalah komponen diet yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Badan kita tidak boleh menghasilkan Omega-3 tetapi perlu didapatkan dari sumber luar. Ikan sahajakah?? Ada lagi, Omega-3 boleh didapati dari sumber marin & minyak tumbuhan. Selain ikan laut dalam, sumber omega-3 boleh didapati dari flaxseed, canola oil, soybeans, pumpkin seeds & wallnuts. Ikan & sumber marin mengandungi DHA & EPA yang lebih tinggi.

Asid Lemak Omega-3 yang penting/vital dalam fisiologi manusia adalah Ξ±-linolenic acid (18:3, n−3; ALA), eicosapentaenoic acid (20:5, n−3; EPA), dan docosahexaenoic acid (22:6, n−3; DHA), senang sebutnya ALA, EPA & DHA. 

Kenapa ALA, EPA dan DHA penting?
Berbanding ALA, kajian-kajian saintifik menunjukkan EPA dan DHA mempunyai fungsi yang lebih signifikan terhadap fisiologi tubuh manusia. Jadi, hati-hati dengan sesetengah produk yang claim ada omega yang tinggi tapi sebenarnya kandungan ALA jauh lebih tinggi daripada EPA dan DHA. 
Cikgu Ikan mengajar....
Sejauhmana pentingnya Omega-3 terutamanya DHA & EPA?
# Perkembangan dan fungsi otak (Selalu dengarkan susu diperkaya dengan DHA semua tu?)
# Meningkatkan sistem imunisasi
# Mengurangkan keradangan
# Menyokong sistem saraf 
# Membantu fungsi mata
# Melancarkan pengaliran darah, mengatasi darah beku seterusnya mengawal tekanan darah
# Membantu menurunkan berat badan
# Mengurangkan simptom depression
# Mencegah arthritis
# dan lain-lain....

Banyak tu.. make sure ambil omega ye lepas ni. Tak nak? sebab tak sakit? Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati? 

Jadi? Meh kita makan ikan banyak2 =) Nanti dulu.. berpijak di alam nyata.. Ikan-ikan kita sekarang banyak yang tercemar dengan logam berat seperti merkuri & plumbum. 
Marine pollution : Kerosakan hasil dari tangan-tangan manusai =(


Saya ada kongsikan entry di FB dulu.  

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA), telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan terutamanya kepada Ibu mengandung:

#Berikut merupakan cadangan pengambilan ikan FDA US:

#Boleh dimakan seperti biasa - makarel dari Atlantik Utara
#Maksimum 6 kali sebulan - Ikan Kod, Lobster, Tuna
#Maksiumum 3 kali sebulan - Kerapu, makarel (Sepanyol), tuna kuning,
#Sebaiknya dihindari - makarel raja, TodakMarlin, Tiefish, Yu, mersuji

Bukan ibu mengandung je ye. Kepada semua manusia. Sebab apa? Pencemaran logam boleh menganggu sistem tubuh manusia & paras toksik yang terlalu tinggi boleh membahayakan:
- Gangguan  sistem saraf .
- Kerosakkan otak   
- Kerosakkan DNA dan kromosom (genetik) 
- Kesan Alahan (menyebabkan ruam kulit , keletihan dan sakit kepala) 
- Kesan  reproductive , Kerosakan sperma , kerencatan fetus dan keguguran. 

Ketoksikan logam berat sepert merkuri & plumbum boleh menjejaskan kanak-kanak


Sebab tu, kita mesti prihatin ketika anak-anak mula suka menulis/melukis. Kadang-kadang masa mencari idea ke apa ke, dia suka masukkan pensel ke dalam mulut, Secara tidak langsung boleh mengakibatkan anak-anak kita tertelan Plumbum di mata pensel dan dulu ada jugak isu jewelery yang ada salutan Kadmium, Bila pakaikan pada anak-anak, kadang-kadang budak-budak kecik suka jilat/gigit gelang/rantai tu. Jadi, hati-hati. *Selingan ye*

Takan bila kita makan banyak sangat merkuri/logam berat? Isu sekarang ialah bioakumulasi. Bioakumulasi ni maksudnya pengumpulan logam tersebut dari segi jangka masa panjang. Katakan kalau kita termakan 1microgram hari ni, dikumpulkan sehingga esok, minggu depan, bulan depan? Jadi pengumpulan dalam sistem & organ-organ badan akan menyebabkan toksik sehingga memberikan kesan seperti di atas. *Macam mengajaq Bio online pulak*

Jika anda mengambil supplement minyak ikan kerana anda tahu kepentingan omega-3, anda sepatutnya berhati-hati memilih jenis minyak ikan & pastikan mendapat kualiti yang terbaik. Jika tidak, instead of benefiting from the fish oil, you might suffer of toxicity. Lagi satu, pastikan minyak ikan tersebut mempunyai kandungan DHA & EPA lebih tinggi berbanding ALA.

Kembali kepada gambar pertama di atas;


Pilihan terbaik saya tentulah OmegaGuard Shaklee :
# Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi

Jadi, sebelum menutup bicara (lama betul tak buat esei skema :p), bersempena dengan promosi O-Mega Sale bulan ni, 



Dapatkan OmegaGuard SHAKLEE untuk:

~ Menguruskan badan anda
~ Mendapatkan bentuk badan yang menarik untuk diri anda
~ Menyokong kesihatan jantung ibu & ayah tersayang
~ Meningkatkan kecerdasan minda anak yang tersayang
~ Meningkatkan ketahanan badan si manja
~ Mengurangkan bad kolesterol sang suami
~ Melegakan sakit lutut dan sendi mak, ayah, nenek di kampung

Semua ni tak berkaitan? Lebih penting, Omega-3 untuk kesihatan optimum, mencegah sebelum sakit datang menjengah & bermastautin. 


Sentiasa ingat, jangan lupa:
  • Mencegah sentiasa lebih baik dari merawat
  • Pemakanan tambahan yang terbaik bukan jaminan anda 100% bebas dari penyakit, tetapi boleh mengurangkan tahap keterukan jangkitan/penyakit. 

Ada soalan? Bagaimana Omega-3 membantu menguruskan badan? Ok, nanti kita sembang lagi =)

Makan keropok lekor dulu, jom! >,<

~~***~~
*This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan utk merawat,mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan

_________________________________________________________
 Konsultasi percuma & Harga istimewa
sms.call.whatsapp. 019 228 2147 | surijunior@yahoo.com |FB Surijunior