>

Jom dari Puncak Menuju Angkasa !

PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Monday, November 19, 2012

Senaman Lantai Pelvik/ Pelvic floor exercise untuk mengatasi Prolapse, Buasir, Inkontinen, Ketidakpuasan seks

Usia, proses mengandung, melahirkan, sembelit dan lain-lain tekanan boleh melemahkan lantai pelvik.


Lantai pelvik merupakan otot antara tulang pelvik dan dasar (bahagian bawah) tulang belakang. Otot ini menanggung beban berlebihan dan lama semasa mengandung. Ini boleh memberikan stress dan melemahkan otot. Otot lantai pelvik yang lemah boleh mengakibatkan keadaan-keadaan berikut :
  • Prolapse
  • Buasir
  • Tidak mampu menahan kencing / Inkontinen (stress incontinence)
  • Ketidakpuasan seks
Senaman lantai pelvik boleh mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan keadaan-keadaan di atas. Lantai pelvik yang baik juga boleh memendekkan tempoh meneran semasa bersalin. Ia membantu memudahkan tahap terakhir semasa bersalin iatu semasa meneran bayi keluar. Senaman tersebut dinamakan Kegel Exercise. Caranya :

1. Menahan urin semasa membuang air kecil. Contohnya, semasa membuang air kecil, selepas 2saat, berhenti dan tahan untuk kiraan 5, dan barulah sambung dan habiskan urin yang berbaki. Ia boleh membantu menguatkan otot. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

2. Masukkan 2 jari iaitu telunjuk & tengah (Pastikan jari-jari telah dibersihkan terlebih dahulu) ke dalam vagina & squeeze/ kemutkan otot untuk mencengkam jari-jari ini. Jika dilakukan dengan betul, anda akan merasakan otot vagina mencengkam dan bergerak ke atas.

3. Setelah mengenalpasti otot pelvik daripada kedua-dua senaman di atas, selepas mengosongkan pundi kending, lakukan pengecutan/ kemutan selama 10 saat, kemudian rehat selama 5 saat. Lakukan sebanyak 4 pusingan bagi setiap sesi.

4. Senaman gerakan anggota badan secara fizikal seperti ditunjukkan dalam video kedua di bawah.

Jika dilakukan secara konsisten, senaman ini boleh menguatkan otot. Ianya bukan sahaja bermanfaat untuk mengubati, malah elok diamalkan sebagai langkah pencegahan.









Semoga bermanfaat.

No comments: