>

Sunday, July 24, 2011

Makanan tambahan - Pilihan individu

Selesai makan tengahari dengan Nadia..Meluangkan sedikit lagi masa, berbual & beramah mesra. Bualan kami disertai Teacher Siamak, berasal dari Iran. Setelah agak lama, saya membuka pillbox dan menelan beberapa pill seperti kebiasaannya –multivitamin, vitamin C, alfafa & Lechitin. Mata Tr Siamak membulat :

“Are you kidding me?? All these pills??,” responnya
“Yaa.. no worries, they are natural” balasku
“Ohh.. come on.. you are suppressing your body’s natural system.. Owh.. you are also been cheated by all these natural and organic thingy.. My grandfather lives 120years without all these supplements” balasnya
“Ya.. they are extracted from natural sources.. Ya.. you are comparing us with your grandpa.. How was the pollution before? How natural was their food compared to us? How’s their living style?”

Nadia hanya tergelak & mengiyakan kata Tr Siamak tetapi mengakui dia juga percaya kepada amalan pemakanan tambahan.

... dan perbualan kami berterusan selama tidak kurang 20minit. Menarik.. Teacher Siamak juga menyatakan kami beruntung di Malaysia kerana pencemarannya amat minima. Alhamdulillah..
Secara peribadinya, pengambilan makanan tambahan adalah keputusan individu. Sekiranya kita yakin dengan pemakanan harian yang mematuhi cadangan pyramid makanan dengan SEMPURNA dan kesemua nutrient dalam makanan dapat diserap oleh tubuh dengan SEMPURNA, maka pelaburan untuk makanan tambahan adalah satu pembaziran.

Namun, jika pemakanan harian kita tidak sempurna atau kita sedaya upaya telah cuba mengikuti garis panduan pemakanan tetapi masih lagi:
ü  Lesu & tidak bermaya
ü  Wajah yang kusam
ü  Rambut gugur
ü  Sakit-sakit sendi
ü  Kerap sakit terutamanya demam
ü  Penghadaman yang tidak sempurna
ü  Letih & mengantuk
ü  Dan sebagainya...

Ini bermaksud ada yang tidak kena dengan pemakanan kita.  Atas dasar inilah saya mula mencari makanan tambahan untuk mengatasi (compensate) amaun nutrient yang tidak mencukupi. Tambahan untuk wanita, kita berkongsi makanan dengan anak yang disusukan atau dalam kandungan dan juga kehilangan nutrient terutamanya kalsium setiap kali proses menstruasi.

Bagaimana kandungan nutrient dalam makanan tidak mencukupi walaupun amaun pengambilan telah kita penuhi? insyaAllah.. nantikan kupasan selanjutnya di entry akan datang..


Selamat malam. Assalamualaikum & salam sejahtera :)