>

Monday, August 22, 2016

Gathering santai : Sama-sama belajar, sama-sama berkongsi :)

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Sesekali bersua muka, berkongsi cerita di kalangan kami. Seronok ! Alhamdulillah, Sabtu lepas kami ada gathering cum coaching di branch Shaklee. Kelas santai sambil menimba ilmu, sambil berukhuwwah. "Ni yang malasnya ni kan? Kena pi kelas bagai !" Hehe. Kelas ni tak wajib pun. Yang datang ni semuanya sebab nak datang dan yurannya sangat mahal iaitu meninggalkan rehat yang empuk di rumah di hujung minggu :)

Takde yuran RM. FOC. Yang penting, bawa gelas kosong untuk dipenuhkan :)


. 
Majlis dimulakan oleh Master Laila sebagai "Appetizer". Hehe. Beliau adalah mantan jurutera Petronas yang meninggalkan kerjayanya dan full time dengan Shaklee. Bukan sebab jadi jurutera tak best, tapi Master Laila perlukan masa yang lebih untuk keluarga dan anak-anak




Ini pula Master Norwina. Moderator pada hari tersebut. Bekas seorang guru yang telah memilih untuk beralih kepada Shaklee bisnes sebagai Lifetime Career nya. Petah & jelas dia berbicara. Cikgu la katakann :D



Kemudian speaker utama kami daripada Kuala Lumpur, Master Haji Roslan. Dari jauh datang untuk berkongsi ilmu bersama cucu cicit Shaklee beliau. Banyak yang dikongsikan ilmu baru dan ilmu sedia ada yang diperingatkan.

Juga perkongsian semangat dari beberapa orang peserta. Menambahkan keceriaan dan aura program :)

Puan  Mamareen



 

Dalam majlis yang sama, saya turut dijemput untuk berkongsi keterujaan bersama Shaklee ke Trip 5 Bintang Orlando awal Ogos yang lalu.
Tak tau la awat ekspressi muka jadi lagu tu. hahaha. Saya kongsikan apa yang diberikan oleh Shaklee sepanjang kami di sana. Kemeriahan conference, kemewahan hotel, keterujaan dan macam-macam lagi. Boleh jenguk gambar yang saya compile kan di link FB ni > Orlando 2016

Macam ni la kami, jumpa ramai-ramai dalam setahun boleh kira saja, berapa kali. Selebihnya online. di FB dan WhatsApp. Sangat fleksibel. Bisnes generasi baru kan, tak perlu nak meeting sampai tiap-tiap minggu. Yang penting, apa yang di agenda kan, terus berjalan :)

Inilah semua yang hadir. Eh.. ada yang dah balik, tak sempat bergambar. 
Alhamdulillah, dapat berkongsi dan bertukar aura 
Ingin menjana kesihatan yang hebat dan income yang hebat bersama kami? Whatsapp saya di 0192282147 atau FB Farihah Abu Kasim


Thanks for reading !





Wednesday, August 17, 2016

Shaklee banyak mengubah kehidupan kami selepas kemalangan yang saya sepatutnya CACAT KEKAL ! - Hana


Kredit : www.ibuhana.com

Kisah cinta diantara saya dan Shaklee terlampau banyak. Yess banyak sangat, bermula penghujung tahun 2010 sampai awal tahun 2015 ni. Allahuakbar jatuh cinta berkali-kali. Nasib baik suami tak cemburu lebih. hehehe

Kisah cinta ini mungkin yang paling tak boleh saya lupakan.



20/9/2013: saya, suami dan anak-anak kemalangan hanya 3 batu dari rumah kami. Tapi Allah telah tentukan segala-galanya. Hatta depan rumah pun boleh jadi kan? Allahuakbar, tak boleh digambarkan. Anak kecil baru berusia 10 bulan ketika itu, duduk dipangku. Allah Maha Besar, Allah Sebaik-baik perancang. Anak kecil ini, abangnya dan hubby selamat. Tiada kecederaan. Tapi saya? Terpelosok terus jatuh di bawah kerusi. (Saya duduk di sebelah driver). Tak boleh digambarkan lagi keadaan sebenar sebab 5 minit sebelum kemalangan, anak kecil ini duduk main di bawah kaki. Allahuakbar. Menangis bila kenangkan betapa Allah sayangkan anak kecil ini, ahli syurga.

Dalam keadaan terpelosok di bawah kerusi itu, saya mengalami kecederaan yang paling teruk. bibir terbelah, patah peha kanan, dislocate pinggul kiri sahaja pada mulanya. Setelah di x-ray dan ct scan, rupanya pinggul kiri saya pun retak. Perlu dimasukkan besi di kedua2 belah kaki. Peha kanan plate percuma, tetapi pinggul kiri perlukan 2 jenis plate berharga RM1800 dan RM600. Allahuakbar.

Sebelum pembedahan, pakar bahagian tulang cakap kaki kiri saya mungkin akan CACAT KEKAL dan tak boleh pijak. Saya hanya mampu senyum dan saya cakap xpe, operate je masukkan besi. Saya terima. Pakar tu macam nak takut-takutkan saya pulak ek. Selepas menjalani pembedahan, tekanan darah saya sangat rendah iaitu 80/40 dan hb saya juga turun iaitu 7 sahaja. Tidak dibekalkan sebarang vitamin oleh hospital pada mulanya dan saya ambil 2 biji vitalea, 1biji vit c dan 1 biji b complex untuk upkan bacaan hb saya. Selepas 2 hari, bacaan saya naik kepada 10. Alhamdulillah. Tapi masuk juga darah 2 pint.

Pam susu ketika di hospital.

Dalam keadaan terbaring tak bergerak, saya pam susu di hospital dengan bantuan nurse praktikal, nurse-nurse yang bertugas, adik, ex student semua tolong saya. Alhamdulillah. Sampaikan diorang pegangkan pam. Tapi nak buat macam mana? Terpaksa. Anak masih menyusu badan ketika itu, nasib baik ade stok ebm. Dan Alhamdulillah saya berjaya susukan dia tanpa susu formula sehingga dia berumur 2 tahun 2 bulan sekarang ni. Blm berjaya wean off. SET MENYUSU Shaklee banyak berjasa pada saya. Kalau dah terbaring, rasa2 ada tenaga tak? Suplemen really helps me. A LOT !

9/10/2013: Setelah 20 hari di hospital, saya dibenarkan pulang setelah berjaya cuba turun dan naik katil dengan sendiri setelah diajar oleh ahli fisioterapi. Dan untuk balik, saya diwajibkan beli kerusi roda dahulu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan urusan ini. Terima kasih mak abah, kakak, adik2 dan suami sebab berkorban untuk saya. Banyak terhutang budi . Doktor beritahu saya dijangka akan boleh mula berjalan sendiri dalam masa 12 bulan akan datang. Allahuakbar, saya senyum je. Takpe, saya redha. Owh lupa nak cerita, masa ni kedua-dua lutut saya tak boleh bengkok. Tegak je, yelah 20 hari tak boleh bergerak mau tak keras? Dan sejak masuk hospital, dah jadi baby pakai pampers. Hihihi. Masa nilaa baru saya tahu, sangat tak selesa kalau pampers penuh then lambat salin. Insaffff, hikmah ni semua. Hikmah, Allah nak tunjuk kat saya. JANGAN LAMBAT SALIN PAMPERS ANAK.

Saya cepat-cepat order ostematrix, ajht dan omega guard. Ini SET SENDI ye, sambil tu pagi2 lepas subuh saya buat fisio sendiri. Alhamdulillah, dalam 3 hari makan set ni ada nampak perubahan positif, boleh bengkok sikit walau tak sepenuhnya sehingga saya btl2 berjaya bengkokkan kaki. Tapi sakitnya tu toksah cite laaa kan.

15/11/2013: Atas semangat yang kuat dan dorongan adik yang jaga saya, saya berjaya 100% tak pakai wheelchair lagi. Saya bergerak dengan tongkat je. Suami tak sokong saya 100% untuk bergerak secepat ini, tapi saya sendiri yang nak. Saya tak nak terbaring je lama. Saya ada anak kecik lagi time ni, kesian sangat kat dia. Saya kuatkan semangat juga, tahan sakit tu sikit-sikit. Sampaikan suami terpaksa juga ikat perut belikan saya vivix. Allahuakbar tak tahu mcm mana nak gambarkan, vivix sangat membantu saya pulih sepenuhnya. Banyak perubahan, mudah nak turun katil, mudah nak bergerak ke sana ke mari, sakit pinggang pun dah takde.

12/12/2013: Tongkat mula pakai on off. Alhamdulillah, seronok yang teramat sangat. Sebabnya saya dah rasa susahnya bergerak dengan tongkat, lambat sampai. Hahaha nampak macam gelojoh kan saya ni. Tapi tulah saya rasa disebabkan perasaan saya yang tak sabar ni lah saya rasa saya dapat berjalan semula tanpa tongkat dan wheelchair.

20/04/2014: Check up rutin di hospital, doktor terkejut saya boleh berjalan dan berdiri tanpa tongkat. Walaupun masih slow pergerakan tapi BESAR perubahannya. Doktor pun terkejut sangat-sangat sebab tulang dah bersambung sepenuhnya. Alhamdulillah cukup2 6 bulan, saya berjalan macam orang biasa tanpa tongkat cuma masih berhati2 dalam mengatur langkah. Doktor yang cek pun bukan doktor biasa tapi pakar tulang, Dr Mujahid. Dia terkejut saya boleh berjalan dan terkejut kaki kiri lebih hampir 2cm.

Sepanjang tempoh 6 bulan ini, saya makan banyak sangat suplemen, add on dari biasa.

Esp
zinc
vit c
vitalea
b complex
alfalfa
lecithin
ostematrix
ajht
omega
vivix

Semua ni saya makan. Saya ikhtiar untuk kesihatan saya dengan izin Allah. Berurut pun saya pegi, apa sahaja yang orang kata bagus untuk orang yang patah kaki ni, semua saya buat tapi takde lah sampai yang boleh memesongkan akidah. Allahuakbar.

Terima kasih Allah
Terima kasih mak abah, adik beradik, mertua, ipar duai,
Terima kasih suami, anak2
Terima kasih Miera yang sanggup datang jaga hari2 kat hospital
Terima kasih kawan2 yang mendoakan.

Kini dah setahun 4 bulan selepas kemalangan, Alhamdulillah saya menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Tiada cacat cela di mata suami dan anak2. Bibir yang jahit pun takde tinggalkan kesan. Parut di peha dan pinggul pun tak hitam. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee :)

Saturday, June 11, 2016

Power Pumping untuk susu lebih meriah !

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Thanks for reading !
Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com


 Sumber : hanisaminmobimotherhood

Friday, June 10, 2016

Meashakes yang Ohsem !

Assalamualaikum & Salam sejahtera !

Inilah detik pertemuan saya dan Noorhafiza Mohamad Akib, tercari-cari apa yang boleh membantu anaknya. Fiza memulakan journey Shaklee nya dengan mendaftar keahlian PERCUMA dengan pembelian Mealshakes promo.

Itu dulu, Fiza kini bukan setakat pengguna, malah Leader Shaklee di Surijunior. Menjana income melebihi gajinya di pejabat. Sedikit masa lagi mencecah 5 angka, insyaAllah 

+++++++++



Anak saya, Harith dulu taknak minum susu. Sebab apa? Masa umur 3 tahun saya tukarkan susu Dutch Lady kepada Anmum.. sebab nak dia gemuk. Hahaha..

Dari sebab itu, lain rasa, terus dia STOP susu. Stop juga nasi dll. Hidupnya hanya makan TEH O kosong dan biskut. Bayangkan betapa risaunya hati ibu! Nurse pun risau sbb katanya boleh undang TALASEMIA.. uishhh.. lagi haru!

Kemudian saya terjebak dengan Shaklee, terjumpa pula dengan MEALSHAKE. Alhamdulillah it works for him. Nasik dah mau makan, SUSU pun sambung minum. Sekarang ni susu apa pun boleh minum. DUTCH LADY, DUGRO, TAMAR COCOA.. semua boleh asalkan susu.. Syukur Ya Allah

Saya mmg jatuh cinta dengan mealshake. Harith juga cakap.. poo poo dah senang!
He'll turn 7 yo on this 10 September.

Walaupun impian saya nak tengok dia berisi tak tercapai.. sekurang-kurangnya dia jarang sakit. Dulu, sejuk sikit cuaca, selsema. Minum ais, selsema. Sekarang ni kalau demam pun, baik sendiri.. tak sempat makan ubat sbb awal-awal lagi ibu suap nutriferon. Sungguh saya bersyukur, tak pernah sekalipun anak saya ni WARDED. Alhamdulillah

Hebat sangat Mealshakes? Meh baca leaftet dari Shaklee Malaysia ni :)








Lagi testimoni anak hebat dengan Shaklee? Klik di sini :)
_______________
MIliki Mealshakes untuk anak? Atau menjadi sebahagian dari keluarga Fiza?

Hubungi beliau di FB Noorhafiza Mohamad Akib atau WhatsApp / Telegram 0125299013. 


Thanks for reading !








10 tips asas menyusukan bayi semasa berpuasa

Assalamualaikum & Salam sejahtera !

Ibu-ibu menyusu perlu melalui masa berpuasa dengan persediaan yang baik dan mencukupi. Tidak diwajibkan berpuasa untuk ibu menyusu, tapi perlu dengan sebab yang tertentu untuk menentukan cara penggantiannya kelak. Walaupun banyak kekhuatiran berlaku, kajian menunjukkan tiada kemudharatan untuk ibu menyusu menjalankan ibadah berpuasa selagi mana ibu-ibu mengamalkan pemakanan seimbang dan mencukupi semasa sahur dan berbuka.



Ada juga pendapat mengatakan semasa berpuasa, toksin akan dibebaskan ke dalam darah dan akan pergi ke bayi melalui susu ibu. Tapi, kita juga mesti ingat, bayi juga memiliki sistem pertahanan dan perlindungan diri daripada situasi tersebut. Hayati syariat Allah dengan niat dan persediaan yang cukup. Hikmahnya cukup besar untuk kita perolehi, insyaAllah. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. 

Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.



Perkara yang sangat penting untuk ibu-ibu awasi ialah pengambilan makanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membahayakan si ibu dan menjejaskan penghasilan susu ibu. Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula dehidrasi / ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu pula termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika keadaan seperti ini berlaku, berbukalah, dan utamakan kesihatan anda. 


Apakah tips dan pesanan penting untuk ibu menyusu yang berpuasa?

1. Niat dan berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita berpuasa & beribadah
2. Pastikan bangun sahur. 
3. Kurangkan makanan manis dan masin
4. Bawa air bekal semasa terawikh dan minum antara solat 
5. Minum banyak air semasa berbuka dan bersahur. Pastikan anda meminum 2-3 liter air sekurang-kurangnya dalam sehari
6. Ambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah (Low GI). Makanan seperti ini membolehkan anda kenyang lebih lama.

Makanan dengan GI rendah akan membekalkan tenaga dengan stabil secara berpanjangan 

Makanan GI rendah akan mengeluarkan tenaga perlahan-lahan dan memberikan rasa kenyang yang lama


Makanan Indeks Glisemik (GI) rendah adalah dalam kategori bacaan GI 55 dan ke bawah

ESP memberikan GI hanya 39, menyokong rasa kenyang yang lebih lama



7. Ambil makanan tinggi serat seperti sayur dan buah-buahan.
8. Kekalkan mood ceria dan positif
9. Elakkan bekerja atau berada di tempat panas dan menyebabkan banyak berpeluh dan stress
10. Bantu diri anda dengan suplemen yang baik seperti Set Ramadhan Shaklee.


Set ini mengandungi ESP, Mealshakes, Performance Drink dan Lechitin yang boleh membantu anda :
  • Mengekalkan bendalir tubuh / mencegah dehidrasi
  • Mengandungi protein yang berkualiti tinggi yang menggalakkan pengeluaran susu ibu
  • Mengandungi serat yang tinggi yang menggalakkan kenyang dengan lebih lama.

Betul kah set ini membantu? Boleh pm kawan-kawan kita dibawah, untuk tanya dan untuk beli pun boleh :)




Selamat berpuasa semua!. Hingga berjumpa lagi ya!
 
Kredit : 


Thanks for reading !
 
Salam sayang,
019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com